Ahad, 29 Mei 2011

Aktiviti Cuti Sekolah Membantu Anak-anak Dalm Pelajaran

     Selamat bercuti kepada semua guru dan murid-murid manfaatkanlah cuti yang panjang ini dengan sebaiknya. Kepada ibu bapa sudahkah anda merancang aktiviti anak-anak anda untuk sepanjang cuti ini. Jangan biarkan cuti sekolah ini berlalu tanpa memberi sebarang kesan untuk anak-anak kita. Adalah lebih baik jika ibubapa dapat menyediakan jadual waktu harian untuk mereka supaya lebih terancang.

      Sedar atau tidak sebenarnya waktu cuti sekolah adalah waktu yang terbaik untuk anak-anak menimba pengalaman melalui aktiviti praktikal.Antaranya melakukan kerja-kerja rumah yang mudah seperti membantu ibu memasak, cuci pakaian, gotong-royong membersihkan kawasan rumah, makan bersama keluarga, dan balik kampung dan laian-lain lagi. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat mengajar mereka tugas seharian dan berdisiplin. Namun sebenarnya aktiviti tersebut juga dapat membantu anak-anak kita untuk menjawab soalan peperiksaan terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kertas 2 yang sememangnya banyak berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid.
 
       Selain itu, ada juga ibubapa yang sering membawa anak-anak pergi bercuti seperti berkelah di tepi pantai atau berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menarik. Aktiviti tersebut juga baik kerana dapat memberi pendedahan kepada anak-anak bagaimana suasana berkelah.





Sudahkah anda merancang tempat anda sekeluarga mahu bercuti? Sekiranya  anda sekeluarga merancang hendak pergi melawati tempat- menarik adalah lebih baik anda pastikan tempat yang anda kunjungi boleh memberi banyak pengetahuan kepada anak-anak anda seperti melawat tempat-tempat bersejarah di Melaka, Zoo Negara atau Negeri, Muzium dan banyak lagi yang sepaertinya...
Dengan melawat tempat sedemikian bukan sahaja kanak-kanak berasa seronok tetapi banyak pengetauhan yang mereka boleh perolehi.

Jadi rancanglah percutian anda sekeluarga, mungkin anda bercuti hanya sehari sahaja kerana kesibukan berkerja tetapi jika anda merancangnya dengan betul. Mungkin percutian yang tidak seberapa itu akan memberi impak yang maksimum untuk anank-anak kita.
     

2 ulasan:

  1. Salam kunjungan... selamat bercuti cikgu.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    BalasPadam
  2. terima kasih sudi dtg, selamat bercuti gak tuk awak, insyallah saya akan kunjungi blog awak ye...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...