Isnin, 30 Mei 2011

Pertandingan Educational Bloging

     
         Merujuk kepada siaran di Laman web PPD Kluang yang bertarikh 25 Mei 2011, Berita baik kepada bloger-bloger yang berkaitan dengan pendidikan di seluruh Malaysia Cikgu Eyta nak Beritahu bahwa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan sambutan Hari ICT 2011 pada 9 Ogos 2011 bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Tanjong Malim, Perak.

       Sehubungan itu, satu Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan kali ke 3 akan diadakan berlandaskan skop pertandingan iaitu kandungan blog mestilah mempunyai unsur ilmiah. Pihak UPSI berbesar hati menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai pertandingan ini. Sila layari laman web UPSI di url http://ict.upsi.edu.my/ictday untuk maklumat lanjut pertandingan.

        Pertandingan ini terbahagi kepada kategori iaitu:-
                 1. Terbuka kepada guru-guru dan murid-murid sekolah
                 2.  Terbuka kepada IPTA/IPT
                 3. Kepada sesiapa sahaja yang mempunyai blog yang berkaitan dengan pendidikan.

       Cikgu Eyta pun ada mendaftar bukan ye ape saje suka-suka je.....Jom la kita daftar bagi memeriahkan lagi pertandingan tu...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...