Khamis, 16 Jun 2011

Bantuan Awal Untuk Bayi dan Kanak-kanak Tercekik(Choking)


         Dua hari ini Cikgu Eyta berkesempatan mengikuti Program Hari Gigi & Kesihatan Khas untuk orang asli di sini. Alhamdulillah banyak sangat informasi yang Cikgu Eyta dapat melalui program ini. Cikgu Eyta juga berkesempatan untuk melakukan bantuan CPR dan Baby Choking. Dulu Cikgu Eyta pernah belajar tapi ada yang lupa jadi boleh remind balik la.

         Cikgu Eyta suka nak kongsi dengan semua apa yang Cikgu Eyta belajar. Kat bawah ini adalah cara-cara untuk membantu bayi yang tercekik.

Langkah 1: Letakkan bayi dalam keadaan seperti dalam gambar dengan tangan menahan bahagian kepala & leher bayi sambil menepuk bahagian belakang bayi sebanyak 5 kali.





Langkah 2: Terbalikkan bayi seperti dalam gambar. Kemudian tekan bahagian dada bayi dengan dua jari sebanyak 5 kali. Bahagian yang hendak ditekan ialah bahagian tengah di antara puting bayi.

* Ulangi kedua-dua langkah tersebut sehingga bendasing itu keluar, jika tidak sehingga bantuan tiba.



    Untuk lebih jelas anada boleh melihat video di bawah ini:-





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...