Isnin, 6 Jun 2011

U-Pustaka

     Assalammualaikum...Sekarang ni dah masuk minggu kedua cuti sekolah kan rasa sekejap je cuti dah nak berakhir. Hari ini Cikgu Eyta nak kongsi dengan semua sebuah portal yang sangat bagus dan penuh informasi. Portal itu ialah PORTAL U-Pustaka. Bagi mengunakan perkhidmatan yang disediakan anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Portal ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja seawal umur 1 tahun yang mempunyai My Id.



Banyak perkhidmatan yang disediakan di portal ini terutamanya untuk kanak-kanak dan remaja. Antara perhidmatanya seperti di bawah ini.
 
      Di bawah ini adalah antara perkhidmatan yang terdapat dalam ruangan Kanak-kanak. Banyak aktiviti yang boleh mereka ikuti dan menambah lebih banyak pengetahuan secara tidak langsung. Jadi galakkanlah anak anda ke Portal ini kerana portal ini sungguh berguna dan menyeronokkan.



        Memandangkan kita sedang melalui zaman yang serba canggih ni ramai kanak-kanak dan remaja sudah pandai menggunakan komputer dan internet. Pada saya tidak salah mengajar anak menggunakan internet tetapi mereka perlu dikawal dan di beri bimbingan supaya tidak menyalahgunakan kemudahan ini.   Portal ini adalah salah satu portal yang boleh dan sesuai di lawati oleh anak-anak kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut : Sila lawati PORTAL U-Pustaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...