Isnin, 8 Ogos 2011

Aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

         Assalammualaikum, rindu betul Cikgu Eyta kat rakan-rakan pembaca semua lama dah Cikgu Eyta tak update entry kat sini. Tak tahulah sejak bulan ramadhan kali ni agak waktu dirasakan berlalu begitu pantas sekali berlalu sedangkan banyak lagi perkara yang Cikgu eyta perlu lakukan. Namun begitu Alhamdulillah Cikgu Eyta bersyukur karana masih lagi bepeluang meraikan bulan Ramadhan yang mulia ini dan dapat lagi ber interaksi dengan rakan-rakan semua di dunia maya ini.

   Sebenarnya Cikgu Eyta nak cerita sejak kebelakangan ini sistem pendidikan negara kita telah mengalami banyak perubahan dari segi pengurusan mahupun kurikulumnya. Ada diantara guru-guru yang rasa terbeban dengan perubahan ini biasanya mereka sambut dengan rungutan. Namun tidak kuang juga ada juga guru yang menerimanya dengan redha tanpa sungutan.
      
   Apa-apa pun bagi Cikgu Eyta tugas perlu dijalankan dengan sebaiknya dan ikhlas walaupun takde sape2 nampak usaha kita sekurang-kurangnya Allah SWT tak pernah lupakan kita kan. Cikgu-cikgu perlu sentiasa bersyukur kerana ramai lagi orang yang tidak sebertuah kita ni. Apalah sangat  kerja guru ni jika dibandingkan dengan polis,tentera, jururawat dan lain-lainnya yang kerja tak tentu masa, gaji tak seberapa bila-bila sahaja boleh dipanggil berkerja, hari raya pun mereka terpaksa bekerja.

    Kasihan namun apakan daya rezeki masing-masing. Sesungguhnya Allah SWT maha bijak sana kerana manusia telah diciptakan dengan pelbagai sifat ada yang pandai ada yang tidak dan setiap mereka mempunyai kelebihan masing-masing. Jika kita amati manusia ini saling bergantungan saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Bayangkanlah kalaulah semua manusia pandai siapalah yang nak buat kerja-kerja kasar dan kotor. Kalau semua jadi doktor sapa pulak yang nak jadi guru, polis dan tentera. Inilah satu lambang kebesaran dan kebijaksanaan Allah SWT.

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

      Berbalik kepada tajuk entry baru-baru ini semua Setiausaha Peperiksaan Sekolah telah dihantar berkursus pengendalian aplikasi ini. alhamdulillah, Cikgu eyta pun sudah diberikan penerangan tentangnya. Guru-guru berkaitan perlu mengisi maklumat yang diperlukan sebelum 15 Ogos 2011. Jadi kepada guru-guru berkaitan marilah kita mengisinya dengan penuh kesabaran dan keihlasan lebih2 lagi dalam bulan puasa ini banyak ganjaranya apabila kita melakukan kebaikan kan...

3 ulasan:

  1. Ermmm..itulah kan, walaupun ramai yang mengeluh tapi kita perlu sentiasa bersyukur pada rezeki yang ada. Che-D pun belum berkesempatan mengisi markah online tu...insya-Allah akan dilaksanakan secepat mungkin.

    BalasPadam
  2. Beri kami peluang untuk membantu anda..:)

    tidak mempunyai masa untuk update dan memuat naikkan mklumat terutamanaya di online..?
    http://helpkeydata.blogspot.com/
    layari laman blog kami untuk melihat apa yang menarik dan boleh membantu anda. 
    http://helpkeydata.blogspot.com/
    http://helpkeydata.blogspot.com/
    http://helpkeydata.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    Well over 160 000 women and men are trying a simple and SECRET "liquids hack" to drop 1-2 lbs each night as they sleep.

    It's very simple and works every time.

    Here are the easy steps for this hack:

    1) Grab a glass and fill it up with water half full

    2) And then follow this weight loss hack

    you'll become 1-2 lbs thinner the very next day!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...