Jumaat, 19 Ogos 2011

Muhasabah 1: Sahabat dan Ikhwan


*dalam keadaan berwudhuk

1) Al-Fatihah
2) Mohon kita sama2 ikhlaskan niat kerana mencari redho Allah, jadi ayuh beristigfar bersama2: istigfar 3x  
3) mohon semua untuk berdoa supaya Allah membukakan hati dan memohon hidayah daripada Allah.


      Peristiwa pengIslaman Saidina Umar Al-Khattab  bermula apabila pada suatu hari orang-orang Quraisy bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk menjalankan usaha untuk membunuh baginda Rasulullah S.A.W. Umar menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab itu. Tawaran beliau mendapat sorakan daripada hadirin memandangkan beliau merupakan panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan handal. Umar lantas menggalas pedangnya di tengkuk lalu lalu terus pergi untuk menyelesaikan tanggungjawab tersebut. Dalam perjalanan, beliau bertembung dengan Saad bin Abi Waqqas r.a dari Bani Zuhrah.
            
            “Mahu ke mana engkau wahai Umar?”
            “Aku mahu membunuh Muhammad!” jawab Umar.
            “Tidakkah engkau sedar bahawa Bani Hashim, Bani Zuhrah dan Bani
            Abdul Manaf akan bertindak balas membunuhmu”.

            Umar tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Saad lalu menghunus pedangnya. Saad juga bertindak sedemikian untuk mempertahankan nyawanya sambil mengisytiharkan keIslamannya. Pertarungan hampir tercetus dan pada ketika itu Saad berkata:
            “Terlebih dahulu kamu perbetulkan urusan keluargamu. Adik  perempuanmu dan iparmu telah memeluk Islam”.

            Mendengar sahaja berita itu, kemarahan Umar meluap-luap dan beliau menukar langkah untuk menuju ke rumah adiknya. Pintu rumah adiknya dikunci dari dalam dan kedua-dua adiknya sedang menerima pengajaran Al-Quran daripada Khabbab r.a. Umar mengetuk pintu dan memanggil adiknya supaya membuka pintu.
            Mendengar suara Umar, Khabbab r.a terus menyembunyikan dirinya dalam sebuah bilik. Beliau terlupa untuk membawa lembaran-lembaran Al-Quran. Apabila pintu dibuka, Umar terus memukul adiknya sambil berkata:
            “Wahai musuh kepada musuhmu sendiri. Kamu juga telah meninggalkan agama datuk nenek moyang kamu. Apa yang telah  kamu lakukan? Siapakah pemilik suara asing yang aku dengar dari luar sana?’’.
Adik iparnya menjawab:

“Kami sedang bercakap antara satu sama lain”.
Umar bertanya kepadanya:
“Adakah kamu juga meninggalkan agama nenek moyang kamu dan
memeluk agama baru itu?”.
Adik iparnya menjawab:
“Tetapi apa salahnya sekiranya agama yang kami anuti itu lebih baik
dan benar?’’.

            Apabila mendengar sahaja jawapan daripada adik iparnya itu, Umar bertambah menyinga lalu memukulnya, menarik janggutnya dan membelasahnya dengan teruk. Apabila adik perempuannya mencelah, dia memukul muka adiknya begitu kuat sehingga mengalir darah dengan banyaknya. Adiknya meluahkan perasaannya:

“Umar, kami dibelasah hanya kerana kami menjadi seorang muslim.   Dengarlah! Bahawa kami berazam untuk mati sebagai seorang Islam. Kamu bebas melakukan apa sahaja terhadap kami kerana Allah sentiasa berada bersama kami”.

Dia berasa menyesal dengan perbuatannya apabila melihat adiknya berlumuran darah. Matanya terpandang lembaran Al-Quran yang tidak sempat dibawa oleh Khabbab r.a. Lalu beliau cuba untuk mengambil lembaran Al-Quran untuk melihat apakah kandungannya. Adiknya berkata:
“Tidak! Badanmu bernajis dan tidak seorang pun yang bernajis dibenarkan untuk menyentuh Al-Quran”.

            Umar mendesak ingin menyentuhnya tetapi adik perempuannya enggan membenarkan tindakannya kecuali beliau membersihkan dirinya terlebih dahulu. Akhirnya Umar akur. Setelah beliau mandi beliau mula membaca lembaran tersebut dan surah yang dibacanya ialah Surah Thaha. Beliau memulakannya daripada awal. Apabila sampai kepada ayat berikut, pemikirannya bertukar sama sekali:
               “Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”.
                                                                                                        (Surah Thaha : ayat 14)
Lantas Umar bersuara:
            “Baiklah bawakan aku berjumpa Muhammad”.

            Apabila mendengar kata-kata ini, Khabbab pun keluar dari tempat persembunyiannya dan berkata:
“Wahai Umar! Berita gembira untukmu. Semalam Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah.”Ya Allah! Perkuatkanlah Islam melalui Umar atau Abu Jahal, sesiapa yang Engkau kehendaki”.
Nampaknya doa Rasulullah ini diperkenankan untukmu”.

            Umar pun pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu terus memeluk Islam pada pagi Jumaat. PengIslaman Umar memberikan pukulan hebat kepada semangat orang-orang musyrikin. Namun begitu bilangan umat Islam masih kecil untuk mengimbangi seluruh negeri yang memusuhi mereka. Orang musyrikin melipatgandakan usaha mereka untuk menghancur leburkan dan melenyapkan Islam sama sekali. Dengan kehadiran Umar r.a, orang Islam telah mula berani untuk menunaikan solat di Tanah Haram.
Abdullah bin Mas’ud berkata:
“PengIslaman Umar adalah satu kejayaan yang sangat besar. Penghijrahannnya ke Madinah menambahkan kekuatan dan pengkhalifahannya mendatangkan sebesar-besar rahmat kepada orang Islam”.

 Saidina Umar Al-Khattab merupakan sahabat besar Nabi Muhammad SAW. Digelar al-Faruk kerana sifatnya yang yang membenar yang hak dan menghalang yang batil. Nabi Muhammad SAW sangat menyayangi Saidina Umar, akan tetapi masih ada orang2 yang lebih dirindui oleh baginda  SAW.

Kisah ini terjadi lebih 1400 tahun dahulu, 
Sewaktu Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, para sahabat melihat wajah Rasulullah yang sedang termenung memikirkan sesuatu.

Lantas seorang sahabat bertanya “Apa yang engkau sedang fikirkan Ya Rasulullah?”
“Aku merindui ikhwanku”. Jawapan tersebut diluahkan sambil memerhatikan wajah para sahabat yang cukup setia dengannya.

“Kami lah ikhwanmu Ya Rasulullah”. Para sahabat berkata.
“Tidak kamu semua ialah sahabatku” Rasulullah menidakkannya.

“Kami lah ikhwanmu Ya Rasulullah” Sahabat menggulanginya lagi.
“Tidak, kamu semua ialah sahabatku”

“Kami lah ikhwanmu Ya Rasulullah” Sebanyak tiga kali penyataan yang diberikan oleh para sahabat tetap dijawab dengan “Tidak, kamu semua ialah sahabatku”

Kemudian Rasulullah memberi penjelasan tentang penafiannya tadi.
“Ikhwanku ialah umatku yang hidup selepas kewafatanku.
Mereka mencintaiku dengan sebenar-benar kecintaan,
mereka menggamalkan sunahku

walaupun mereka tidak pernah melihat wajahku.”


Wahai ikhwan Rasulullah..
Berbahagialah jiwa mu,
kerana Rasulullah rindu kepada mu...

Adakah kita sebagai ikhwan Rasulullah merindui baginda...
Sama-samalah kita mencontohi akhlak dan berselawat ke atas baginda..
Semoga kita dapat mengikuti jejak langkah baginda insyallah......Amin..

3 ulasan:

  1. aku hanyalah insan yang lemah..
    namun aku brjanji akan berusaha mencri keredhaanmu, dan keredhaanNya jua.
    sering kali aku tersungkur ya Allah,
    ampunkanlah dosaku ya Allah..
    berikanlah aku kekuatan..
    jangan lah pula ENGKAU menjauhi ku..

    ___________________________________________



    tidak mempunyai masa untuk update dan memuat naikkan mklumat terutamanaya di online..?
    http://helpkeydata.blogspot.com/
    layari laman blog kami untuk melihat apa yang menarik dan boleh membantu anda. 
    http://helpkeydata.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. This way my pal Wesley Virgin's tale begins in this SHOCKING and controversial VIDEO.

    You see, Wesley was in the army-and soon after leaving-he unveiled hidden, "self mind control" tactics that the government and others used to get everything they want.

    These are the EXACT same secrets many celebrities (notably those who "come out of nothing") and the greatest business people used to become wealthy and successful.

    You've heard that you use less than 10% of your brain.

    Mostly, that's because the majority of your brainpower is UNTAPPED.

    Perhaps that thought has even occurred INSIDE OF YOUR own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head 7 years back, while driving an unlicensed, beat-up garbage bucket of a vehicle without a driver's license and on his bank card.

    "I'm so frustrated with living paycheck to paycheck! When will I finally succeed?"

    You've been a part of those those questions, am I right?

    Your success story is waiting to start. All you have to do is in YOURSELF.

    CLICK HERE TO LEARN WESLEY'S METHOD

    BalasPadam
  3. This is how my buddy Wesley Virgin's report starts in this SHOCKING and controversial VIDEO.

    Wesley was in the army-and soon after leaving-he revealed hidden, "mind control" tactics that the CIA and others used to get anything they want.

    THESE are the same methods tons of celebrities (especially those who "come out of nothing") and the greatest business people used to become wealthy and famous.

    You've heard that you utilize only 10% of your brain.

    Really, that's because the majority of your brain's power is UNCONSCIOUS.

    Perhaps this conversation has even occurred INSIDE your very own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head seven years back, while riding a non-registered, beat-up bucket of a car without a license and with $3 in his bank account.

    "I'm so fed up with going through life paycheck to paycheck! Why can't I turn myself successful?"

    You took part in those questions, isn't it right?

    Your success story is going to start. All you need is to believe in YOURSELF.

    UNLOCK YOUR SECRET BRAINPOWER

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...