Sebelum ini saya memang tidak ada kad kredit dan tidak gemar mengunakan kad kredit. Namun saya setelah mendapat hadiah Kad Kredit dari MAYBANK baru-baru ini. Sebenarnya tidak la teruk sangat Kad Kredit ni seperti yang kita dengar, dapat juga membantu bila terdesak.Apa-apa pun berpegang pada hati dan iman.
Pada awal penggunaannya memang tiada masalah, tetapi kebelakangan ini saya sering menerima panggilan daripada syarikat insuran yang mengatakan sebagai pemegang kad kredit saya wajib melangan polisi kemalangan dari pihak mereka. Pada awalnya saya tidak syak apa-apa dan menerima sahaja polisi tersebut memandangkan bayarannya yang murah hanya bayaran tahunan yang dikenakan. Namun selepas itu ada lagi syarikat lain yang menelefon mengatakan hal yang sama tapi saya tolak dan mereka akur dengan permintaan saya.
Tetapi hari ini pada petang tadi sedang saya berehat letih baru pulang dari sekolah tiba-tiba telefon saya berbunyi yang tertera nombor 016xxxxxxx saya pun mengangkatnya dan terdengar suara perempuan yang memberitahu bahawa dia dari sebuah syarikat insuran. Kemudian , dia meminta saya memberikan maklumat pada kad kredit dengan menjawab pertanyaan sama seperti operator bank untuk tujuan pengesahan la kononnya. Saya pun tanpa syak menjawab soalan yang dikemukan.