Isnin, 30 Mei 2011

Pertandingan Educational Bloging

     
         Merujuk kepada siaran di Laman web PPD Kluang yang bertarikh 25 Mei 2011, Berita baik kepada bloger-bloger yang berkaitan dengan pendidikan di seluruh Malaysia Cikgu Eyta nak Beritahu bahwa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan sambutan Hari ICT 2011 pada 9 Ogos 2011 bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Tanjong Malim, Perak.

       Sehubungan itu, satu Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan kali ke 3 akan diadakan berlandaskan skop pertandingan iaitu kandungan blog mestilah mempunyai unsur ilmiah. Pihak UPSI berbesar hati menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai pertandingan ini. Sila layari laman web UPSI di url http://ict.upsi.edu.my/ictday untuk maklumat lanjut pertandingan.

        Pertandingan ini terbahagi kepada kategori iaitu:-
                 1. Terbuka kepada guru-guru dan murid-murid sekolah
                 2.  Terbuka kepada IPTA/IPT
                 3. Kepada sesiapa sahaja yang mempunyai blog yang berkaitan dengan pendidikan.

       Cikgu Eyta pun ada mendaftar bukan ye ape saje suka-suka je.....Jom la kita daftar bagi memeriahkan lagi pertandingan tu...

Ahad, 29 Mei 2011

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

        Bagi menambah baik dan memantapkan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia juga telah membangunkan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
       Buat masa ini guru-guru belum boleh masuk ke sistem ini kerana belum dapat katalaluan lagi. Dengar Khabarnya dalam masa terdekat ni guru-guru akan dipanggil untuk berkursus khusus bagi menerangkan cara penggunaan sistem ini. Mungkin Sistem ini akan dikuatkuasakan selepas cuti pertengahan semester ini. Jadi tunggu je la k...sabar.....

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya KLIK SINI


Muat Turun Dokumen Standard Prestasi KSSR





         Sebelum ni semua guru-guru tahun satu menggunakan Standard yang perlu di buat sendiri oleh guru-guru. Ramai juga guru-guru yang belum faham tentang standard ni termasuklah saya. Pening gak mula-mula tu tapi sekarang sudah semakin faham. Biasalah benda baru memang la biasanya banyak masalah tapi lama-lama semua masalah dapat diatasi insyallah.

        Kepada semua guru-guru tahun 1 Cikgu Eyta nak beritahu bahawa Alhamdulillah Lembaga Peperiksaan telah memuat naik Dokumen Standard Prestasi KSSR di laman web rasminya untuk di download. Dokumennya seperti yang tersenarai di bawah ini:-


*Falsafah Pendidikan Negara KLIK DI SINI
* Pendahuluan KLIK DI SINI
*Tafsiran KLIK DI SINI
*Kerangka Standard Prestasi KLIK DI SINI
*Tafsiran Band KLIK DI SINI

*Dokumen Standard Prestasi 

  # Bahasa Malaysia KLIK DI SINI 
  # Bahasa Inggeris KLIK DI SINI
  #   Bahasa Arab KLIK DI SINI
  #   Matematik KLIK DI SINI 
  #  Pendidikan Islam KLIK DI SINI 
  # Pendidikan Moral KLIK DI SINI 
  #   Pendidikan Jasmani KLIK DI SINI 
  # Pendidikan Kesihatan KLIK DI SINI 
  # Dunia Sains dan Teknologi KLIK DI SINI
  # Dunia Muzik KLIK DI SINI
  # Dunia Seni Visual KLIK DI SINI
  # Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi  KLIK DI SINI

SUMBER : LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
































































Aktiviti Cuti Sekolah Membantu Anak-anak Dalm Pelajaran

     Selamat bercuti kepada semua guru dan murid-murid manfaatkanlah cuti yang panjang ini dengan sebaiknya. Kepada ibu bapa sudahkah anda merancang aktiviti anak-anak anda untuk sepanjang cuti ini. Jangan biarkan cuti sekolah ini berlalu tanpa memberi sebarang kesan untuk anak-anak kita. Adalah lebih baik jika ibubapa dapat menyediakan jadual waktu harian untuk mereka supaya lebih terancang.

      Sedar atau tidak sebenarnya waktu cuti sekolah adalah waktu yang terbaik untuk anak-anak menimba pengalaman melalui aktiviti praktikal.Antaranya melakukan kerja-kerja rumah yang mudah seperti membantu ibu memasak, cuci pakaian, gotong-royong membersihkan kawasan rumah, makan bersama keluarga, dan balik kampung dan laian-lain lagi. Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat mengajar mereka tugas seharian dan berdisiplin. Namun sebenarnya aktiviti tersebut juga dapat membantu anak-anak kita untuk menjawab soalan peperiksaan terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kertas 2 yang sememangnya banyak berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid.
 
       Selain itu, ada juga ibubapa yang sering membawa anak-anak pergi bercuti seperti berkelah di tepi pantai atau berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menarik. Aktiviti tersebut juga baik kerana dapat memberi pendedahan kepada anak-anak bagaimana suasana berkelah.





Sudahkah anda merancang tempat anda sekeluarga mahu bercuti? Sekiranya  anda sekeluarga merancang hendak pergi melawati tempat- menarik adalah lebih baik anda pastikan tempat yang anda kunjungi boleh memberi banyak pengetahuan kepada anak-anak anda seperti melawat tempat-tempat bersejarah di Melaka, Zoo Negara atau Negeri, Muzium dan banyak lagi yang sepaertinya...
Dengan melawat tempat sedemikian bukan sahaja kanak-kanak berasa seronok tetapi banyak pengetauhan yang mereka boleh perolehi.

Jadi rancanglah percutian anda sekeluarga, mungkin anda bercuti hanya sehari sahaja kerana kesibukan berkerja tetapi jika anda merancangnya dengan betul. Mungkin percutian yang tidak seberapa itu akan memberi impak yang maksimum untuk anank-anak kita.
     

Selasa, 24 Mei 2011

Modul Asas Matematik

Hari ini Cikgu Eyta ada kelapangan sedikit jadi Cikgu Eyta ambil kesempatan ini untuk upload untuk di kongsi dengan rakan-rakan semua. Hari ini Cikgu Eyta upload Modul Asas mengira matematik. Modul ini dihasilkan oleh guru-guru SK Ulu Tiram. Saya dapat modul ini juga semasa berkursus.


Basic
View more documents from nurr_ieman

Jumaat, 20 Mei 2011

Latihan Menulis Perkataan KVKV

Assalammualaikum, dah lama gak rasanya Cikgu Eyta tak update entry kat sini. Agak sibuk sikit sekarang ni. Jadi hari ni Cikgu Eyta nak kongsi dengan kawan-kawan bahan yang baru Cikgu Eyta Upload di Slide Share sesiapa yang berminat boleh la download k. Cikgu Eyta tak kisah ini pun bahan-bahan kursus Cikgu Eyta.


Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Meyambut Hari Guru 2011


            Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua pendidik seluruh negara. 16 Mei merupakan Hari Guru bagi seluruh Malaysia. Tarikh ini dipilih kerana pada hari yang sama pada tahun 1956, Majlis Perundangan Persekutuan Persekutuan Malaya mengesahkan Laporan Razak, salah satu daripada empat laporan Jawatankuasa Pendidikan mengenai pendidikan di Malaysia. Dokumen, yang dikenali sebagai Laporan Razak sempena nama Tun Abdul Razak yang merupakan Menteri Pendidikan pada waktu itu, menjadi dasar pendidikan di Malaysia. Meskipun bukan merupakan hari cuti rasmi sekolah, perayaan biasanya diadakan pada 16 Mei atau sebelumnya, jika jatuh pada hari Sabtu atau Minggu.



       

Khamis, 12 Mei 2011

Mengenal Abjad

        Seoarang rakan saya memberitahu masalah ade beberapa orang muridnya yang belum boleh mengenalpasti abjad kecil dan besar. Saya faham perkara ini biasa berlaku kerana kebolehan murid adalah berbeza-beza. Jadi saya menyarankan kepadanya agar dalam seminggu hanya ajar 1 atau 2 pasang abjad kecil dan besar sahaja. Dalam waktu seminggu itu saya menyarankan kepada rakan saya agar murid diberi pelbagai aktiviti yang menarik berkaitan huruf yang di ajar. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan seperti kolaj, mewarna, kraf dan sebagainya mengikut kreativiti guru.

    Di bawah ini bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mengajar abjad. Bahan ini saya dapat semasa berkursus. semoga bahan ini dapat membantu rakan-rakan yang lain.

 


Ahad, 8 Mei 2011

Pola Sifir

 Assalammualaikum, ketika saya menyusun bahan-bahan yang bertaburan di dalam komputer saya ni. Saya terjumpa bahan power point POLAR SIFIR yang sangat menarik. Selalunya kita ajar sifir mengunakan petak sifir kan tapi bahan ini menunjukkan sifir mengunakan  jam. Saya tak pastilah dari mana saya dapat bahan ni. Mungkin saya dapat dari rakan saya..apa2 pun kepada pemilik bahan ni saya mintak di halalkan la ilmu ni yer...


Sabtu, 7 Mei 2011

Ingatan Untuk Semua Yang Bernama Anak


Assalammualaikum, memandangkan beberapa hari lagi adalah Hari Ibu jadi hari ni saya nak kongsi pengetahuan tentang tanggungjawab kita sebagai anak-anak terhadap ibubapa. Sebenarnya bukan pada hari Ibu sahaja kita boleh menghargai jasa ibubapa kita. Adalah lebih baik kalau kita jadikan setiap hari adalah hari ibubapa adalah lebih banyak syafaatnya. 

Adab/Tanggungjawab seorang Anak terhadap Ibubapa
Berbakti kepada kedua Ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka, adalah diantara tugas yang wajib dilaksanakan sebagai orang Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t:

Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14)

Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:

1. Mempersekutukan Allah
2. Derhaka kepada dua ibubapa.
3. Cakap bohong atau persaksian bohong

Jumaat, 6 Mei 2011

Petolongan Cemas Untuk Kanak-kanak



      Assalammualaikum, Kebelakangaan ini kita sering mendengar kanak-kanak mengalami pelbagai kemalangan seperti terkena air panas, tercekik, terjatuh, lemas dan banyak lagi. Sehinggakan ada diantaranya yang meninggal dunia.
     
      Sebenarnya saya juga pernah mengalami hal ini pada 4 tahun lepas apabila anak saudara saya yang berumur 3 tahun yang berada dalam jagaan emak saya tertelan duit syiling 20cen. Emak saya yang menyedari keadaan itu panik, dia hanya mampu menjerit meminta tolong sambil menepuk-nepuk belakang badan anak saudara saya yang sedang sukar bernafaz. Namun alhamdulillah saya yang terdengar jeritan itu dapat menyelamatkan keadaan dengan mengunakan pengetahuan yang saya ada..

Rabu, 4 Mei 2011

Khasiat Ketawa

   Assalammualaikum, disebabkan kesibukan dalam menjalankan tugas sebagai guru, ibu, isteri dan anak lama dah saya tak update entry kat sini. Jadi hari ini saya nak kongsi info sihat tentang ketawa. Saya dapat info ni dari majalah iSihat....



Ketawa 20 Minit

Menurut majalah ni kajian saintifik telah memcatatkan cara paling cepat untuk menurunkan takanan darah tinggi anda adalah dengan menonton  sesuatu yang lucu dan ketawalah sepuas-puasnya. Melalui menonton bahan berunsurkan humor dan kelakar selama 20 minit mampu merangsang anda untuk merasa lebih sihat. Dan sebagai bonus tambahan, ketawa juga baik untuk sistem kekebalan tubuh. Cubalah teknik ini kerana bukan sahaja murah, berkesan dan baik untuk menjaga tekanan darah anda, malah ketawa juga boleh menyebabkananda kelihatan muda 8 tahun daripada usia sebenar.

         Tapi jangan pulak kita ketawa sorang2 tu lain lak maknanya.....Mari kita tonton video ni untuk nampak lebih muda....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...