Sabtu, 25 Jun 2011

Addition Within 10

Assalammualaikum, Alhamdulullah hari ini Cikgu Eyta dapat berkongsi bahan lagi dengan para pembaca semua. Bahan yang Cikgu Eyta Upload ini Cikgu Eyta dapat semasa berkursus. Bahan ini  telah disediakan oleh En. Mat Zaidi Bin Dahlan merupakan guru pemulihan di SK. LKTP Tenggaruh Selatan, Johor.  Untuk maklumat lanjut boleh la email tuan punya bahan di
Zaidi_nurbestari@yahoo.com.



Selasa, 21 Jun 2011

DISLEKSIA

   
   Ada diantara murid tahun 1 menghadapi masalah untuk membaca dan menulis. Mungkin murid kita itu menghadapi masalah disleksia. sebenarnya bukan kanak-kanak sahaja yang menghadapi masalah ini tetapi ada juga golongan dewasa yang mengalaminya. Apa itu disleksia ?


DEFINISI

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-
    • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
    • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
    • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
APA ITU DISLEKSIA?

Isnin, 20 Jun 2011

Info Sihat

       Hari ini Cikgu Eyta baru berkesempatan upload dapatan daripada Program Hari Gigi dan Kesihatan anjuran Jabatan Kesihatan Kluang, Walaupun dah 4 hari program tersebut berakhir. Apa pun Alhamdulilah Cikgu Eyta masih dapat informasi yang Cikgu Eyta dapat. Terima Kasih kepada kakitangan Jabatan Kesihatan Kluang yang telah berusaha menjayakan progaram tersebut dan memberikan layanan yang baik kepada kami. Di bawah ini beberapa informasi yang dapat Cikgu Eyta rakamkan.


 
      Awas Panadol Tiruan dalam Pasaran. Pengguna dinasihatkan untuk membeli Panadol di farmasi dan menyemak ketulenan ubatan dengan memastikan setiap ubatan yang dibeli mempunyai kod MAL dan Medictag yang asli.

 Panadol Tiruan mempunyai bahagian tepi yang berbintik-bintik timbul. Selain itu Panadol tiruan ini boleh dikenalpasti dengan menyemaknya menggunakan Dekod Meditag.

Ini Panadol yang asli mempunyai bahagian tepi yang licin tanpa sebarang bintik.

Khamis, 16 Jun 2011

Bantuan Awal Untuk Bayi dan Kanak-kanak Tercekik(Choking)


         Dua hari ini Cikgu Eyta berkesempatan mengikuti Program Hari Gigi & Kesihatan Khas untuk orang asli di sini. Alhamdulillah banyak sangat informasi yang Cikgu Eyta dapat melalui program ini. Cikgu Eyta juga berkesempatan untuk melakukan bantuan CPR dan Baby Choking. Dulu Cikgu Eyta pernah belajar tapi ada yang lupa jadi boleh remind balik la.

         Cikgu Eyta suka nak kongsi dengan semua apa yang Cikgu Eyta belajar. Kat bawah ini adalah cara-cara untuk membantu bayi yang tercekik.

Langkah 1: Letakkan bayi dalam keadaan seperti dalam gambar dengan tangan menahan bahagian kepala & leher bayi sambil menepuk bahagian belakang bayi sebanyak 5 kali.





Langkah 2: Terbalikkan bayi seperti dalam gambar. Kemudian tekan bahagian dada bayi dengan dua jari sebanyak 5 kali. Bahagian yang hendak ditekan ialah bahagian tengah di antara puting bayi.

* Ulangi kedua-dua langkah tersebut sehingga bendasing itu keluar, jika tidak sehingga bantuan tiba.



    Untuk lebih jelas anada boleh melihat video di bawah ini:-





Jumaat, 10 Jun 2011

Pengenalan Asas Operasi Tambah Kepada Kanak-kanak

       
    Salam, Alhamdulillah hari ini Cikgu Eyta berkesempatan berkongsi dengan para pembaca yang dimuliakan sekalian tentang teknik pengenalan operasi tambah kepada kanak-kanak. Ketika cikgu eyta sedang sibuk-sibuk cari bahan untuk aktiviti homeschooling anak Cikgu Eyta yang berusia 2 tahun. Cikgu Eyta telah terjumpa video yang agak bagus dijadikan panduan kepada ibu bapa yang ingin mengenalkan operasi tambah kepada anak-anak kita sebagai panduan.

      Sebenarnya Cikgu eyta taklah pakar sangat matematik ni jadi kenalah rajin-rajin cari bahan-bahan dan belajar di internet ni untuk memudahkan anak Cikgu Eyta ni faham konsep yang diajar. Di bawah ni video yang Cikgu Eyta gunakan sebagai panduan konsepnya agak mudah.

How to Teach Kids Kindergarten Math : How to Tell Kids Addition Stories
More math lessons on Addition at NeoK12.com  

First Grade Math Lessons : First Grade Math Addition Tables
More math videos on Addition at NeoK12.com  

First Grade Math Lessons : Two Digit Addition for First Grade Math
More math videos on Addition at NeoK12.com  

Isnin, 6 Jun 2011

Family Fire Safety Plan

   Sewaktu di sekolah selalunya sekurang-kurangnya 1 kali setahun akan mengadakan latihan kebakaran dengan pihak bomba. Latihan ini adalah untuk melatih murid-murid supaya bersedia menghadapi kebakaran dan tidak panak sekiranya kebakaran berlaku.
    Tetapi pada pendapat Cikgu Eyta sebenarnya latihan kebakaran di rumah bersama ahli keluarga yang lain juga amat penting kerana risiko untuk kebakaran berlaku di rumah adalah lebih tinggi berbanding di sekolah. Lagi pun malang tidak berbau, mungkin latihan ini dapat menyelamatkan nyawa kita sekeluarga. Jadi kali ini Cikgu Eyta nak kongsi dengan semua video Family Fire Safety Plan sebagai panduan kita semua terutamanya ibubapa...

Fire Safety for Young Children - DSHS Washington
More educational games & videos on Child Safety at NeoK12.com  

Family Fire Safety
More educational games & videos on Child Safety at NeoK12.com  




U-Pustaka

     Assalammualaikum...Sekarang ni dah masuk minggu kedua cuti sekolah kan rasa sekejap je cuti dah nak berakhir. Hari ini Cikgu Eyta nak kongsi dengan semua sebuah portal yang sangat bagus dan penuh informasi. Portal itu ialah PORTAL U-Pustaka. Bagi mengunakan perkhidmatan yang disediakan anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Portal ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja seawal umur 1 tahun yang mempunyai My Id.



Banyak perkhidmatan yang disediakan di portal ini terutamanya untuk kanak-kanak dan remaja. Antara perhidmatanya seperti di bawah ini.
 
      Di bawah ini adalah antara perkhidmatan yang terdapat dalam ruangan Kanak-kanak. Banyak aktiviti yang boleh mereka ikuti dan menambah lebih banyak pengetahuan secara tidak langsung. Jadi galakkanlah anak anda ke Portal ini kerana portal ini sungguh berguna dan menyeronokkan.



        Memandangkan kita sedang melalui zaman yang serba canggih ni ramai kanak-kanak dan remaja sudah pandai menggunakan komputer dan internet. Pada saya tidak salah mengajar anak menggunakan internet tetapi mereka perlu dikawal dan di beri bimbingan supaya tidak menyalahgunakan kemudahan ini.   Portal ini adalah salah satu portal yang boleh dan sesuai di lawati oleh anak-anak kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut : Sila lawati PORTAL U-Pustaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...