Sabtu, 30 April 2011

Teknik Menjawab soalan UPSR Kertas 2

Assalammualaikum, dalam entry sebelum ni saya banyak menyentuh untuk murid kelas LINUS dan Pemulihan. Hari ni nak tambah sedikit lagi maklumat tentang Teknik Menjawab soalan UPSR Kertas 2 . Ini pun penting juga tahun lepas saya ade ajar tahap 2 susah gak nak ajar budak2 ni ramai tak faham. Ye la saya takde pengalaman lagi jadi saya explore kat internet untuk selesaikan masalah saya.
       Dalam pencarian saya jumpa bahan di bawah ni dari rakan Slideshare saya Cikgu Paklong memang banyak membantu. Terima kasih diucapkan kepada beliau banyak gak bahan yang saya download dari akaun dia semua yer berguna insyallah...Semoga Allah merahmatinya..

       Sekarang ni saya teringin nak kongsi dengan anda semua. Ya la benda baik lebih baik kita kongsi2 dan sebarkan. Sama-sama dapat pahala kan.....




Khamis, 28 April 2011

Interactive Remedial Courseware Online P&P



Assalammualaikum, kali ini saya ingin memperkenalkan sebuah laman web yang memberi kemudahan kepada murid membuat latihan secara interaktif. Laman yang saya maksudkan ialah laman Interactive Remedial Courseware  Online P&P. Laman ini menyediakan banyak latihan interaktif ,kuiz dan lembaran kerja bahasa melayu dan matematik yang sesuai digunakan oleh murid LINUS, Pemulihan dan Prasekolah. Semua latihan interaktif adalah percuma dan boleh digunakan bila-bila masa. Selain itu latihan yang disediakan juga menarik dan mengikut tahap murid pemulihan. Laman ini disediakan oleh guru pemulihan khas En. MD Yusop Bin Mahmud.

     Jadi d isini saya ingin mengajak anda semua melawati laman ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Kata orang tak kenal maka tak cinta kan...Saya dah guanakan semua latihan interaktif di laman ini dalam P&P murid-murid memang seronok membuat latihan tersebut.

Rabu, 27 April 2011

Teras Bacaan

Assalammualaikum, Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua sebuah blog yang banyak membantu saya untuk mendidik murid Tahun 1 cepat membaca. Blog itu ialah blog Teras Bacaan 
di sini terdapat banyak bahan yang kita dowload untuk dijadikan ABM sama ada untuk kelas LINUS,Prasekolah mahupun pemulihan. Bahan yang disediakan mudah difahami dan menarik. Antara bahan yang saya sering gunakan ialah BUKU TERAS BACAAN di bawah ini..

Kepada mana2 guru yang mempunyai murid bermasalah untuk membaca boleh la cuba gunakan bahan dari blog ini..Insyallah dengan berkat dan usaha kita tidak mustahil kita akan berjaya mencapai sifar LINUS..aminn...

Isnin, 25 April 2011

Teknik Mengajar Membina Ayat Tahun 3

       Hari ni saya nak kongsi dengan semua satu lagi BBM. Sebelum ni saya sukar nak ajar murid-lemah membina ayat. Tapi alhamdulillah ketika explore internet 2 tahun lepas saya terjumpa power point yang di upload oleh seseorang yang bernama Cikgu Paklong di laman SlideShare. Bahan-bahan yang diuploadkan sungguh menarik dan senang di ajar. Bahan tersebut banyak membantu saya. Tahun ini saya ajar murid tahun tiga jadi inilah bahan yang saya gunakan sebagai contoh kepada murid saya. Alhamdulillah murid senang faham.Terima kasih di ucapkan kepada Cikgu Paklong.


Contoh lembaran kerja menggunakan Excel

    Assalammualaikum, lama dah rasa yer tak update entry ni. Hari ini saya nak berkongsi bahan LINUS lagi. Selain word dan power point kita juga boleh menggunakan medium lain seperti Excel dan Publisher. Di sini saya uploadkan beberapa contoh lembaran kerja yang dibina menggunakan Excel seperti gambar di basah ini. Untuk download sila KLIK SINI





Khamis, 21 April 2011

Koleksi Gambar Tidak berwarna

       Assalammualaikum, Alhamdulillah hari ni saya masih dipanjangkan umur untuk berkongsi bahan P&P dengan anda.  Berdasarkan pengalaman saya yang sering menghadapi masalah untuk mencari gambar-gambar berwarna sama ada bagi membina soalan atau pun lembaran kerja murid. Jadi hari ini saya ingin berkongsi gambar-gambar yang berada dalam koleksi saya. untuk download KLIK DI SINI

                          Contoh gambar :-




Rabu, 20 April 2011

Bacalah Sayang

     Di sini juga saya dah uploadkan power point buku bacalah sayang dari Kementerian Pendidikan.  Terdapat dua buku dalam simpanan saya ni.

    Buku yang pertama ialah buku Bacaan Sayang yang mengandungi petikan cerita pendek dengan tulisan berwarna mengikut suku kata serta beberapa soalan pemahaman yang mudah.Buku ini sesuai untuk murid yang baru lepas Sarinagan LINUS.  

BUKU BACAAN SAYANG

    Manakala, sebuah lagi buku membolehkan murid menyebut suku kata dan seterusnya membatangkan perkataan berdasarkan gambar. Setiap suku kata ditulis dengan warna yang berbeza untuk memeudahkan murid menyebutnya. Selepas membatangkan suku kata murid juga boleh beberapa ayat pendek berkenaan dengan perkataan yang disebutnya. Buku ini sesuai untuk murid-murid LINUS.  
BACALAH SAYANG (SUKU KATA)     
  Saya berharap perkongsian yang tak seberapa ni boleh membantu guru diluar sana...

Buku Ujian Diagnostik Literasi dan Numerasi LINUS

        Setelah tamat saringan 1 dan 4 LINUS tahun 2011 saya percaya masih ade lagi murid kita yang belum melepasi saringan tersebut. Walaupun semua murid saya sudah 100% masuk aliran perdana saya suka berkongsi satu bahan lagi yang boleh digunakan oleh guru-guru LINUS untuk mengukur pengusaan murid kita mengikut konstrak bagi LITERASI dan NIMERASI. Bahan-bahan ini juga saya dapat semasa berkursus. Untuk download sila klik gambar di bawah ini.

BUKU UJIAN DIAGNOSTIK NUMERASI

BUKU UJIAN DIAGNOSTIK LITERASI

Selasa, 19 April 2011

Font Baru Sesuai Untuk Guru Tahun 1 dan Prasekolah

Sebagai guru LINUS dan prasekolah kita sering menghadapi masalah untuk mencari font yang sesuai untuk membuat BBM dan lembaran kerja  murid. Jadi hari ini Cikgu Eyta nak berkongsi dengan guru-guru font lain yang sesuai digunakan selain dari Comic Sans yang biasa kita gunakan...Font-font ini Cikgu Eyta dapat semasa berkursus.Terdapat 4 jenis font semua ye..Sesiapa berminat boleh la download DI SINI

Berikut adalah gambar contoh font tersebut:





Jumaat, 15 April 2011

Blog Cikgu Eyta Dapat Award la!!

Saya memang bangga sangat2 coz kesudian 'Blog Kawan' sudi bagi award pada blog saya yang tak seberapa ni....hehe. Inilah award yer!



* Bagi menghargai pemberian tuan tanah saya buat tindakan ini :

Link Balik Pada Blogger Yang Beri Award
http://rizalmankasman.blogspot.com

7 Perkara Mengenai saya:
1. Seorang Guru Biasa Yang Luar Biasa
2. Jawanies Girl Dari Simpang Renggam
3. Seorang Yang Degil Tapi Lembut Hati
4. Suka Belajar Sesuatu Yang Baru
5. Mempunyai Seorang Suami dan Anak Lelaki
6. Suka Memasak
7.Suka Membaca Apa-apa Bahan Yang Berinformasi

14 Blogger yang 'Cikgu Eyta' TAG :

1.   life is a learning

2.  CATATAN CHEKGU BIZI   

3. love islam      
      

 
 8.  IslamKu CintaKu    

9. EwanRani



11. ! AdamXis

12. ama si baldu merah

13. BIO-EVER - RAHSIA CARA AWET MUDA & WAJAH BERSERI NO 1 DI  MALAYSIA

14. Sofea Zulaikha


Sebab saya TAG blog diatas :


Sebenarnya saya suka berkongsi rasa istimewa ni dengan orang lain supaya orang lain pun turut rasa istimewa. So, ini dia 14 bloggers yang saya tag (atas sebab-sebab tertentu).
Kenapa saya pilih untuk Tag blog anda ?
  1-7  saya pilih sebab mereka bloggers yang seangkatan dengan saya iaitu pendidik yang sanggup berkongsi pengalaman dan bahan mengajar mereka kepada kita.

8-14 pula merupakan rakan bloggers yang mempunyai blog yang mempunyai keunikan yang tersendiri dalam memberikan informasi kepada kita. Ada juga diantara mereka adalah anak jado johor sama dengan saya.

So rakan-rakan yang di'tag' saya harap dapat terima dan mana-mana yang dah pernah dapat, anggaplah ia penghargaan berganda k.

Terima kasih juga kerana sudi singgah ambil award ni. Jangan lupa perkara kat bawah ni:
Sila berbuat perkara yang sama ikut langkah-langkah berikut (sama yang macam saya buat):

1. Copy imej award pada entri baru rakan-rakan (dan dipautkan ke url page ni)
2. Buat link pada pemberi award (dalam kes ni link ke url utama blog 'kawan')
3. Senaraikan 7 perkara berkaitan rakan-rakan
4. Tag pula 15 blogger pilihan rakan-rakan
5. Alasan kenapa tag blog dia orang

Khamis, 14 April 2011

100%

           Sambil update blog sempat gak key in data LINUS SARINGAN 1 dan SARINGAN 4 kat PORTAL NKRA. Allamdulillah semua 4 orang murid tahun 1 tahun ini lepas saringan 1 ni...n Tahun 2 lak semua dah lepas semasa Saringan 3 lagi. Jadi pencapaian LINUS 2011 sekolah saya 100% murid masuk aliran perdana syukur sangat2.

           So ringan la sikit tugas saya tak perlu buat RPH untuk LINUS. Cuma murid-murid ni masih perlu di beri pengukuhan untuk memantobkan lagi pencapaian meraka...

          Kepada sekolah-sekolah lain yang belum mencapai 100% diharap bersabar dan berusahalah pasti akan berjaya. Kepada yang sudah berjaya tahniah kekalkan usaha anda k....

JAGANLAH PERNAH JEMU UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK KITA.... TANPA KITA SIAPALAH MEREKA DAN TANPA MEREKA SIAPALAH KITA......

Baru Ku Tau Nikmatnya...

     Saya ni dulu mempunyai tabiat yang buruk iaitu memandu laju tak kira dimana pun terutamanya di lebuh raya. Sehinggakan saya pernah memandu dengan menekan minyak sampai habis dah tak boleh tekan lagi dah di lebuh raya. Kereta kancil 850cc pun boleh potong kereta yang hebat2. saya selalu memandu sehingga 140 km/j.     
    
       Bila saya kawin malu pulak dengan suami saya sebab di pandu kereta tenang je tade pun nak kelam-kabut...Suami saya memang seorang pemandu yang berhemah tak macam saya ni....huhuhu. Suami, ayah, mak dan ramai lagi selalu nasihatkan saya tapi masuk telinga kanan keluar telingga kiri.

      Namun sejak 4 bulan ni tiba-tiba sahaja saya hilang nafsu nak drive laju-laju, Alhamdulillah....syukur Allah beri saya hidayah tuk berubah agaknya. Sekarang ni saya rasa lebih tenang la drive perlahan. Sekarang ni saya hanya memandu tidak lebih 80km/j di jalan raya dan kurang dari 40km/j di jalan kampung....

        Sekarang ni setiap pagi saya dapat menghirup udara segar dan menikmati pemandangan waktu pagi yang menenangkan.....Barulah Ku Tahu Nikmat sebenar memandu dengan berhemah....

    

    

Sarapan Minda

         Setiap pagi dalam kereta on the way pergi sekolah saya dengar radio SINAR.FM saje layan. Dalam pukul 6.30 pagi saya selalu dengar motivasi ringkas dari Dato' Dr. Fadilah Kamsah. Hari ni beliau sambung topik macam ner menjadi orang yang cemerlang.
      
         Menurut beliau seseorang yang cemerlang mestilah merancang apabila hendak melakukan sesuatu perkara contohnya:

          Kalau kita nak pergi sesuatu tempat yang jauh seperti balik kampung, kita mestilah merancang terlebih dahulu segala barangan yang perlu dibawa dan membayangkan segala kemungkinan yang akan kita hadapi. seperti membawa kain sarung lebih mana la tau kalau kain atau seluar kita terkena kotoran nak solat.

          Sebagai seorang guru saya rasa hal ini juga kita patut praktikan di sekolah. Selalu la buat rancangan plan A dan plan B ini sangat penting. sebab segala kemungkinan boleh berlaku disekolah kita hanya merancang tuhan yang tentukan.

SEPERTI KATA PERPATAH : SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.





Selasa, 12 April 2011

Kekanda & Adinda

Ketika saya dalam kereta on the way balik dari sekolah hari ni, tiba-tiba je terdengar lagu nie dalam radio sinar fm...sebelum ni saya belum pernah lagi dengar lagu ni so terkasima sekejap tadi, menghayati bait-bait lirik lagu ni.....Sbb lagu ni amat lah kena sangat2 dengan kehidupan saya dan suami tercinta dalam melayari bahtera rumah tangga ini......mungkin anda juga sama seperti saya kan...

Mari layan lagu nie....


Tua Sebelum Masanya


       Ini adalah gambar Zara Hartshorn. Dia baru berusia 13 tahun. Namun wajahnya kelihatan tua dari usianya disebabkan penyakit yang jarang menjangkiti manusia yang dikenali sebagai Lipodystrophy.

Isnin, 11 April 2011

Kisah di Sekolah Cina

      Setelah tamat pengajian saya selama 4 tahun di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) saya telah ditempatka di SJKC KUO KUANG 2, Skudai. Sekolah ini merupakan sekolah gred A bilangan muridnya lebih 4 ribu orang...Ramai kan..... Saya melapor diri disini pada 30 Disember 2008. 
      Saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar bahasa melayu dan sains empat buah kelas iaitu Tahun 3J, 3G, 3B dan 2J purata murid bagi setiap kelas 45 orang murid memang meriah....

     Minggu pertama mengajar di sekolah ini sungguh mencabar dan kucar-kacir...huhuhu...Ye la dah la murid yer ramai lepastu tak faham lak tu diaorang cakap ape macam ayam dengan itik je...Bising sangat2 tak dapat nak control class Uwwaaaaa.......sampai kena mintak cikgu lain tolong handle ee..... malu yer....hahaha...buat tebal muka jela kan.

Ahad, 10 April 2011

Anak ke 2?

Kebelakangan ini masa semakin cemburukan saya lah....Nak update entry pun tak sempat2 terlalu banyak urusan sama ada formal atau tidak formal. Rasanya masa terlalu cepat berlalu. Lebih-lebih lagi usia anak yang sudah mencecah usia 2 tahun yang sentiasa memerlukan perhatian dan bimbingan. Walaupun baru seorang tapi dengan mama yer yang berkejaya agak berat jugak la.
        Ramai kawan-kawan dan saudara-mara saya tanya bila nak tambah anak? anak dah besar leh la tambah 1 lagi? dan macam soalan lagi yang sewaktu dengan yer.
        Sebenarnya bukan tak nak tapi belum bersedia dari segi mental , fizikal dan kewangan....tengah dalam pertimbangan la nie susah nk buat keputusan takut pn ade gak untuk menghadapi sakit bersalin fobia rasanya. Nasib baik suami memang memahami tak la memaksa.....huhuhu..Tapi dulu janji dengan dia kami akan tambah cahaya mata yang kedua bila usia anak yang pertama cecah 3 tahun tapi sudahkah saya bersedia....tak tau la biar la masa menentukan.
        Kesian gak kat anak saya ni xde kawan nak bermain di rumah sorang2 je boring dia kat rumah main dengan mama n ayah je...Jiran-jiran semua dah ade ramai anak...Tak pe la mama akan pertimbangkan yer untuk kebaikan semua.
        Ade gak orang cakap baik lahirkan anak masa muda2 nie kalau tak rugi dah tua anak masih kecik lagi.Uwaaaa saya nie dah la tak berapa nak muda...Bila difikirkan betul gak tu kan.......Huhuhu susah ni buat keputusan.Nantikan berita gembira dari saya yer kalau jadi la...harap2 kalau jadi dapat la anak perempuan la pulak yer doakan tau.......amin..

Jumaat, 8 April 2011

Instrumen Penilaian Rujukan Standard Tahun 1 (SPPK)

         Di sini saya muat naik instumen yang saya buat untuk menilai penguasaan murid saya. Saya tidaklah pandai sangat tentang SPPK ni tapi tak salah kan kalau berkongsi sesuatu yang kita ada. Saya tak tau la betul ke tidak instrumen yang saya buat ni..... kalau saya tersilap sila beri ulasan untuk mengigatkan saya, saya pun masih dalam proses untuk belajar tentang perkara ini.
        

Tema : Keluarga
Tajuk Unit 1: Keluarga Huda
Instrumen PRS (mendengar)

Instrumen PRS (Mendengar dan Bertutur)

Instrumen PRS (Menulis)

Instrumen PRS (menulis)






























Murid Tahun 1 Mati Dipukul Guru

Sayu hati ini bila melihat gambar di dada akhbar seprang anak kecil dipukul tanpa belas kasihan. Wajarkah murid yang berumur 7 tahun menerima hukuman sekeras itu?

Saya melihat kes ini bukan sebagai guru. Tapi saya melihatnya jauh di sudut hati seorang ibu. Bayangkanlah jika kita di tempat ibu bapa anak ini apa yang akan kita rasakan dan kita lakukan.

Saya faham kadang kala kita sebagai guru memang perlu bertegas dan menghukum untuk memdidik anak didik kita menjadi insan yang soleh dan solehah. Namun bukan cara sebegini. Ini terlalu keterlaluan bagi saya. Kanak-kanak ini kan amanah untuk kita didik banyak cara lain yang kita boleh gunakan untuk memdidik. Guru perlulah bijak dalam menghadapi sebarang masalah dan cuba mengawal emosi. Guru bukan lah lawan tetapi kawan kepada anak-anak murid kita. Saya berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi cukuplah sekali ini menjadi pengajaran kepada kita yang sememangnya tidak mudah terlupa.



Soalan Uji Minda

Mari uji minda anda dengan menyelesaikan masalah di bawah ini. Sesiapa yang gemarkan cabaran silalah mencuba. Jawapannya saya akan paparkan pada hujung minggu hadapan.

SOALAN 1 :
Dengan menggunakan dua garis lurus, bahagikan jam di bawah kepada tiga bahagian dengan mengabaikan jarum jam, yang mana apabila angka itu dijumlahkan di setiap bahagian adalah sama.
SOALAN 2:
Seekor katak terjatuh kedalam sebuah lubang sedalam 30 meter. Setiap hari, katak itu melompat 3 meter, tetapi jatuh semula 2 meter. Oleh itu berapa hari yang diambil oleh katak itu untuk keluar daripada lubang.

SOALAN 3:
Seorang petani meninggalkan sebidang tanah untuk dikongsi oleh empat orang anaknya. Bahagikan tanah itu kepada empat bahagian dengan bentuk dan saiz yang sama.

Rasanya cukup untuk hari ini soalan lain simpan dulu nanti tandus idea lak kan.....hehehe


SELAMAT MENCUBA !











Awas Pemandu Wanita!

Sumber : http://terkinibersama.blogspot.com/2009/06/jenayah-semakin-menjadi-awas-pemandu.html

A reminder to all!!!!!!!!!!! This is pretty scary, as is (its modus operandi is similar) with the case of Ms Canny Ong.

A friend stopped at a pay-at-the-pump gas station to get gas. When she had filled her gas tank after paying at the pump and about to leave, the attendant inside came over the speaker. He told her that something happened with her card and that she needed to come inside to pay.

The lady was confused because the transaction was completed and approved. She told him that and was getting ready to leave but the attendant once again urged her to come in to pay or else..... She proceeded to go inside and started arguing with the attendant about his threat.

He told her to calm down and to listen carefully: He told her that while she was pumping gas, he saw a guy had slipped into the back seat of her car and hid on the other side. He had called the police. She immediately became scared and looked out there in time to see her car door open and the guy slip out.

Khamis, 7 April 2011

Awas Telur Tiruan Di Pasaran

        Hari ini masyarakat digemparkan dengan penemuan telur tiruan di pasaran... Saya pun seram mendengarnya balik je dari sekolah saya terus je stok telur yang ada. Nasid baik telur dalam simpanan tu cengkerangnya ade sisa-sisa tahi ayam.....hehe maknanya sah la telur tu tulen kan...

       Jadi sebenarnya bagus jugak ade tahi ayam yang tertinggal di cengkerang telur yang kita beli. Dengan adenya tahi ayam itu tak payah la kita nak uji ketulinan telur tu kan...hehehe. Berbalik kepada tajuk kita tadi, untuk mengetahui hal ini lebih lanjut saya cuba siasat maklumat dari internet dan saya jumpa maklumat seperti di bawah:



Sumber : http://eforum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=536372


CARA MENGENAL TELUR TIRUAN:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

KLIK UNTUK KETAHUI CARA MEMBUAT TELUR TIRUAN
(Anda mesti klik dan lihat sendiri sangat2 tak sangka dan menakutkan tau)



Sabtu, 2 April 2011

MERANGSANG OTAK ANAK. MELAUI TEKNIK SHICHIDA DARI JEPUN




Teknik shichida diamalkan oleh masyarakat jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan.Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri,tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangkannya.Sebelum melakukan teknik ini ,tarik nafas sedalam-dalamnya dan relaks.

Jumaat, 1 April 2011

Resepi Membuat Doh Permainan Tanah Liat

Sebelum ini kita sering mengunakan tanah liat yang ready made. Tapi tanah liat ini mengandungi bahan yang berbahaya untuk kanak-kanak. Jadi apa salahnya kalau kita cuba membuatnya sendiri lebih selamat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...