Khamis, 31 Mac 2011

AWAS PENIPUAN MELALUI KAD KREDIT BERLELUASA!

Sebelum ini saya memang tidak ada kad kredit dan tidak gemar mengunakan kad kredit. Namun saya setelah mendapat hadiah Kad Kredit dari MAYBANK baru-baru ini. Sebenarnya tidak la teruk sangat Kad Kredit ni seperti yang kita dengar, dapat juga membantu bila terdesak.Apa-apa pun berpegang pada hati dan iman.

          Pada awal penggunaannya memang tiada masalah, tetapi kebelakangan ini saya sering menerima panggilan daripada syarikat insuran yang mengatakan sebagai pemegang kad kredit saya wajib melangan polisi kemalangan dari pihak mereka. Pada awalnya saya tidak syak apa-apa dan menerima sahaja polisi tersebut memandangkan bayarannya yang murah hanya bayaran tahunan yang dikenakan. Namun selepas itu ada lagi syarikat lain yang menelefon mengatakan hal yang sama tapi saya tolak dan mereka akur dengan permintaan saya.

          Tetapi hari ini pada petang tadi sedang saya berehat letih baru pulang dari sekolah tiba-tiba telefon saya berbunyi yang tertera nombor 016xxxxxxx saya pun mengangkatnya dan terdengar suara perempuan yang memberitahu bahawa dia dari sebuah syarikat insuran. Kemudian , dia meminta saya memberikan maklumat pada kad kredit dengan menjawab pertanyaan sama seperti operator bank untuk tujuan pengesahan la kononnya. Saya pun tanpa syak menjawab soalan yang dikemukan.

Selasa, 29 Mac 2011

2011 TAHUN BEG KEKAYAAN?

Tahukah anda pada tahun ini iaitu tahun 2011 terdapat perkara-perkara yang unik dan jarang-jarang berlaku. Antaranya pada tahun  ini kita akan mengalami empat tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, dan 11/11/11 serta bukan itu sahaja, cuba anda ambil 2 nombor terakhir dimana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini, keputusanya ialah 111cuba la kira!

Khamis, 24 Mac 2011

BARU ATAU BAHARU?

Antara dua perkataan tu yang mana satu betul ye?
 
Kebelakangan ini kita sering dengar perkataan BAHARU telah digunakan secara meluas terutamanya di dalam media masa dan media cetak.

Namun begitu kita sebagai guru tidak diberikan pendedahan kepada hal ini. Hal ini secara langsung telah memberi kesan kepada kita sebagai pendidik seperti saya.

Saya akui tidak faham mengenai hal ini jadi sebagai jalan penyelesainya saya telah mencari maklumat berkaitan hal ini. Hasilnya saya berjaya menemui bahan yang boleh mengupas hal ini dengan lebih lanjut.

Kepada sesiapa yang ingin mengetahuinya silalah download bahan dibawah ini sekadar panduan:
DOWNLOAD





Ahad, 13 Mac 2011

BBM LINUS Suku Kata VKV dan KVK

           BBM ni saya dapat dari kursus-kursus yang saya pergi ada bayak sebab tu saya letak widget kat sebelah tak larat nak linkkan semua. jd siapa nak download boleh la pilih bahan dan terus download dr situ.
         BBM pilihan saya ialah untu perkataan VKV dan KVK. Kepada sesiapa yang berminat boleh la download dengan klik link dibawah :
Power point VKV



Bahan Bantu Mengajar untuk suku kata KVKV

Bahan-bahn ini adalah untuk kemudahan guru-guru menjalankan P&P dan mencapai matlamat NKRA.

Sabtu, 12 Mac 2011

Sempena Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 2011

               Minggu Anti Dadah SK Pengkalan Tereh 2011 telah dijalankankan dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak terutamanya guru -guru SK Pengkalan Tereh, Pihak AADK Daerah Kluang dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang.
              Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, diantaranya pamerah dan ceramah AADK, pertandingan mewarna dan melukis poster, kuiz kesihatan  dan kuiz anti dadah, program cuma 5 minit anti dadah, dan pameran,pemeriksaan kesihatan dan ceramah anti rokoh olek wakil pejabat kesihatan daerah kluang.

Khamis, 10 Mac 2011

Ketahui Rahsia No. Rumah Anda


Apa nombor rumah anda.Pernah tak anda terfikir mengapa anda memilih rumah yg anda duduki sekarang? Apa nombornya? Apa yang menyebabkan anda tertarik untuk mendiami rumah tersebut?. Ikuti rahsia disebalik nombor rumah anda. Jom kita kira apakah no yang mewakili rahsia disebalik no rumah anda.

Kiraan:
Nombor 17 = 1+7=8
Jadi angka rumah anda ialah 8.Baca keterangan 8 kat bawah....

Nombor 156

= 1+5+6=12

12 = 1+2=3

Jadi angka rumah anda ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah....

Rumah nombor 1
Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering
berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira.

Rumah nombor 2
Orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah
teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya.Cubalah... .

Rumah nombor 3
Biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan
percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan 'kesempurnaan' dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4
Emmmm... .nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5
Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.

Rumah nombor 6
Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang kamu berikan.

Rumah nombor 7
Satu angka 'aneh' .Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8
Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9
Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang
dicita-citakan selama ini.
Untuk mengetahui lebih bayak lagi sila klik disini  http://istimewa2u.blogspot.com

Tahukah Anda?



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan?
Hehehe.... sebenarnya saya pun baru tahu itu pun selepas saya terbaca dalam blog Istimewa 2U.Bila baca macam menarik tapi tak tahu la kan....belum cuba lagi. Baca dan cuba la sendiri.....

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) .

Rabu, 9 Mac 2011

CONTOH SOALAN UJIAN TAHUN 1 KSSR 2011

         Ujian bulan Mac sudah bermula semalan 8 Mac 2011 hingga 10 Mac 2011 setara seluruh Johor. Berikutan itu saya telah menyediakan 2 set soalan ujian bahasa melayu. Anda boleh download soalan tersebut untuk dijadikan panduan.


Selasa, 8 Mac 2011

Hari pertama berblog!

Tiap-tiap hari saya selalu saja tegok blog orang tapi hari ni bersamaan hari Selasa 8 Mac 2011 tepat pukul 10.35 malam saya telah berjaya mewujudkan blog ni. Saya baru cuba-cuba je seronok tegok orang punya blog....hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...