Khamis, 31 Mac 2011

AWAS PENIPUAN MELALUI KAD KREDIT BERLELUASA!

Sebelum ini saya memang tidak ada kad kredit dan tidak gemar mengunakan kad kredit. Namun saya setelah mendapat hadiah Kad Kredit dari MAYBANK baru-baru ini. Sebenarnya tidak la teruk sangat Kad Kredit ni seperti yang kita dengar, dapat juga membantu bila terdesak.Apa-apa pun berpegang pada hati dan iman.

          Pada awal penggunaannya memang tiada masalah, tetapi kebelakangan ini saya sering menerima panggilan daripada syarikat insuran yang mengatakan sebagai pemegang kad kredit saya wajib melangan polisi kemalangan dari pihak mereka. Pada awalnya saya tidak syak apa-apa dan menerima sahaja polisi tersebut memandangkan bayarannya yang murah hanya bayaran tahunan yang dikenakan. Namun selepas itu ada lagi syarikat lain yang menelefon mengatakan hal yang sama tapi saya tolak dan mereka akur dengan permintaan saya.

          Tetapi hari ini pada petang tadi sedang saya berehat letih baru pulang dari sekolah tiba-tiba telefon saya berbunyi yang tertera nombor 016xxxxxxx saya pun mengangkatnya dan terdengar suara perempuan yang memberitahu bahawa dia dari sebuah syarikat insuran. Kemudian , dia meminta saya memberikan maklumat pada kad kredit dengan menjawab pertanyaan sama seperti operator bank untuk tujuan pengesahan la kononnya. Saya pun tanpa syak menjawab soalan yang dikemukan.


           Setelah itu dia menerangkan bahawa saya perlu mengambil insuran kemalangan sebagai pemegang kad kredit dan RM300 akan di ambil dari kad kredit saya hari ini juga. Saya memberitahunya bahawa saya tidak mahu menyertai insuran itu kerana saya telah menyertai insuran lain. Tetapi dia menegaskan bahawa saya wajib menyertainya tidak boleh menolak. Saya sudah mula rasa syak dan mengatakan bahawa saya mahu dapatkan kepastian daripada pihak MAYBANK dahulu tentang perkara ini. Kemudian, dia memberitahu bahawa pihak bank tidak tahu akan hal ini kerana ini adalah urusan bahagiannya dengan yakinnya.saya keliru....Saya tidak diberi ruang untuk berfikir. Saya terpaksa akur sahaja tanpa rela dan marah kerana dipaksa begitu. Setelah agen tadi letak telefon, seorang lagi telefon saya untuk buat pengesahan bahawa mengeluarkan duit RM300 itu.
         
          Walaupun saya akur namun fikiran tidak tenteram.Jadi saya call Careline MAYBANK untuk bertanyakan hal ini. Rupa-rupanya sangkaan saya betul sebenarnya saya sudah tertipu MAYBANK tidak tahu pun tentang hal ini. MAYBANK tiada kaitan langsung tentang hal ini.

          Saya memuji pihak MAYBANK kerana dengan pantas menyelesaikan masalah saya dengan memblok akaun kredit kad saya dan menghubungi pihak insuran berkenaan untuk membatalkan polisi tersebut serta memulangkan wang yang telah dikeluarkan. Lega sikit hati ini kan...

        Pegawai syarikat yang berkenaan pun sudah menelefon saya dan meminta maaf serta memberikan jaminan bahawa wang saya akan dipulangkan dalam tempoh 1 minggu serta memadam segala maklumat saya dalam data mereka.

       Sekarang ini barulah saya tahu bahawa sebenar,mereka tidak tahu maklumat kad kredit saya, saya yang memberitahu mereka ketika agen itu bertanya maklumat kad kredit untuk membuat pengesahan. Jadi kepada semua pemilik kad kredit sila jangan membuat sebarang pengesahan kepada orang lain selain Pegawai Bank yang sebenar sahaja.

         Nasihat saya kepada semua pembaca berhati-hatilah ketika menjawab pangilan seperti ini jagan la mudah percaya sehingga terjerat seperti saya. Berhubunglah dengan pegawai bank untuk mendapat maklumat yang tepat.Anda beleh menelefon talian CARELINE 24 jam untuk pertanyaan.Meraka sentiasa akan melayan anda dengan mesra.MALU BERTANYA SESAT JALAN. Alhamdullihlah saya sedar awal sebelum lebih banyak kerugian. Pendedahan ini sekadar mahu berkongsi pengalaman dan saya tidak mahu kita terus ditipu lagi. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati lagi....




           

       


1 ulasan:

  1. saya telah tertipu mcm awak c
    juga...thanks krn baca blog awak sy terus ambil tindakan...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...