Sabtu, 9 Julai 2011

Law Ka Na Baynana

  
        Bagi mereka yang tidak tahu Law Ka Na Baynana merupakan tajuk TV show di TV Al-Hijrah chenal 114. Cikgu Eyta baru sahaja tonton rancangan ini minggu lepas pada hari sabtu malam. Sekali je tonton Cikgu Eyta terus jatuh cinta...Rancangan ini membuatkan Cikgu Eyta rasa rindu sangat dengan Rasullullah SAW tak tahu la mengapa. Perasaan sedih pun ada bila memikirkan bertapa hebatnya akhlak Rasullullah SAW dan bertapa jahilnya kita sehingga kita mudah lupa segala yang ajar olehNya.
      Sedikit sebanyak rancangan ini telah menginsafkan Cikgu Eyta sehingga terdetik hati ini sekiranya Rasullah SAW ade bersama kita sekarang ini apa yang Cikgu Eyta akan lakukan dan katakan kepadanya. Ya Rasulullah SAW sesungguhnya aku tidak setanding dengan akhlakmu yang amat mulia di sisi Allah SWT......Subhanallah.....











Rasulullah sangat tegas dalam menjaga akhlak kerana ini juga soal akhirat. “Baginda memiliki akhlak yang agung.”demikian maksud firman Allah. Ertinya Allah juga kagum dan memuji keupayaan RasulNya dalam melayani Allah dan hamba-hamba Allah, dengan sebaik-baik akhlak. Kita lihat 3 contoh yang memperlihatkan agungnya akhlak Rasulullah s.a.w:




:PEMAAF:.

Ada seorang wanita tua Yahudi yang selalu menyusahkan baginda di perjalanan iaitu dengan menabur duri dan najis di jalan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w apabila pergi berdakwah. Si tua itu sangat benci dengan Rasulullah s.a.w. Tetapi suatu hari ketika dia sedang jatuh sakit, satu-satunya orang yang datang menziarah beliau ialah Rasulullah s.a.w. Alangkah pemaafnya baginda. Bukan sahaja diziarahi tetapi dicarikan ubat hingga di atas akhlak yang luar biasa itu, perempuan tua Yahudi itu akhirnya memeluk islam.

Ketika baginda sedang berjalan memakai baju Arab Najran. Tiba-tiba seorang Arab Badwi menarik baju itu dan minta diberikan baju itu kepadanya. Hampir-hampir terluka leher Rasulullah kerana tarikan itu. Tetapi baginda memaafkan si Badwi tersebut. Bahkan baju itu tadi baginda buka dan dihadiahkan kepada si Badwi tadi.
.:KASIH SAYANG:.

Apabila dua tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang sahabatnya atau tidak bertemu dengan mereka, nescaya akan ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda akan pergi menziarahi ke rumah sahabat tanpa rasa sombong dan baginda makan,solat serta duduk bersama-sama dengan para sahabat.

Suatu hari ketika sedang menikmati hidangan, datang seorang tua yang berkudis,hitam legam kulitnya, buruk rupanya dan berair pula kudisnya dating meminta diberikan makanan. Tanpa rasa jijik dan dengan penuh tawaddu’, Rasulullah s.a.w. memegang tangan orang tua itu, dibawa ke sebelahnya untuk makan bersama-sama. Masya Allah, agungnya akhlakdan peribadi Rasulullah s.a.w.
.:KUAT BERIBADAT:.

Perkara ini sememangnya perkara akhirat. Namun pada sesetengah orang Islam telah “diduniakan” juga, untuk mencari untung dunia.

Rasulullah s.a.w telah menunjukkan ibadat yang terbaik dan terbanyak. Tetapi ingat, hal itu bukan khusus untuknya sebagai nabi. Rasulullah s.a.w. memberikan contoh ibadat untuk kita jejaki langkahnya. Rasulullah s.a.w solat sunat terlalu banyak. Adakala semalaman tidak tidur hingga bengkak-bengkak kaki baginda. Bererti beribu-ribu rakaat baginda dapat rukuk dan sujud untuk Allah dalam menyatakan syukur dan kehambaan yang setinggi-tingginya.
.:AL QURAN BERGERAK:.

Rasulullah banyak berpuasa,iaitu sehari puasa,sehari pula makan. Begitulah digilir-gilirkan. Tentang zikir, bukan sahaja waktu jaga, dalam tidur juga baginda berzikir. Baginda adalah “al-Quran bergerak”. Ertinya, al-Quran bukan sahaja dihafal malah dijadikan panduan seluruh hidupnya. Melihat kepada ciri-ciri ini,benarlah dia Nabi kekasih Allah yang sangat cintakan Allah dan akhirat.

Hatinya tidak terpaut sedikit pun pada dunia. Maka marilah kita letakkan kasih dan rindu padanya. ini adalah kerana terlalu besar jasanya kepada kita seluruh umat manusia.

SUMBER : Helwani PPIuniten

2 ulasan:

  1. Akhlak Rasulullah akhlak yang terpuji...kita ummmahnya perlu contohi dan ikuti.Insyaallah....

    BalasPadam
  2. Betul tu tunz sy setuju sgt2.....klu kita sentiasa menjdikan Rasullullah sebagai panduan insyallah hidup kita akan lebih diberkati n bahgia..Rasulullah adalah contoh yang sempurna biat umat islam..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...