Khamis, 7 April 2011

Awas Telur Tiruan Di Pasaran

        Hari ini masyarakat digemparkan dengan penemuan telur tiruan di pasaran... Saya pun seram mendengarnya balik je dari sekolah saya terus je stok telur yang ada. Nasid baik telur dalam simpanan tu cengkerangnya ade sisa-sisa tahi ayam.....hehe maknanya sah la telur tu tulen kan...

       Jadi sebenarnya bagus jugak ade tahi ayam yang tertinggal di cengkerang telur yang kita beli. Dengan adenya tahi ayam itu tak payah la kita nak uji ketulinan telur tu kan...hehehe. Berbalik kepada tajuk kita tadi, untuk mengetahui hal ini lebih lanjut saya cuba siasat maklumat dari internet dan saya jumpa maklumat seperti di bawah:



Sumber : http://eforum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=536372


CARA MENGENAL TELUR TIRUAN:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

KLIK UNTUK KETAHUI CARA MEMBUAT TELUR TIRUAN
(Anda mesti klik dan lihat sendiri sangat2 tak sangka dan menakutkan tau)





Sumber :http://escarora.blogspot.com/2008/05/waspada-telur-tiruan.html
 
         Jadi pada masa kita sebagai pengguna perlu lebih bijak dan peka terhadap apa-apa yang kita beli dan gunakan supaya tidak terpedaya dan seterusnya merana.

ADAB PENYEDIAAN TELUR DALAM AGAMA ISLAM

        Tapi apa-apa pun semasa hendak masak apa-apa jenis telur pun dalam islam kita di haruskan mencucinya terlebih dahulu. Tak boleh tak cuci tau.Supaya tidak ada sisa najis di kulit telur.Sebagai ibu khasnya kita perlu memastikan bahawa semua makanan yang dimakan oleh anak dan suami kita bebas dari benda-benda haram. Salah satu benda haram yang sering dilupakan orang adalah najis pada kulit telur ayam. Telur ayam yang baru keluar dari ayam selalu ada najisnya walaupun sedikit. Telur yang masih 'segar' ini jika terpegang pada waktu memasak, maka najisnya dapat menempel di tangan kita, dan kemudian dapat berpindah ke bahan makanan lainnya yang akhirnya termakan.

          Begitu juga sewaktu telur tersebut dipecahkan, ada najis yang jatuh ke bahan makanan kita. Jika najis ini ada yang termakan, maka artinya ada barang haram yang masuk ke badan. Jika demikian halnya, akan dapat mempengaruhi perkembangan anak-anak dan orang dewasa yang memakannya. Oleh sebab itu, sebelum memasak telur, cucilah dulu dengan air mengalir untuk menghilangkan najisnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...