Isnin, 11 April 2011

Kisah di Sekolah Cina

      Setelah tamat pengajian saya selama 4 tahun di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) saya telah ditempatka di SJKC KUO KUANG 2, Skudai. Sekolah ini merupakan sekolah gred A bilangan muridnya lebih 4 ribu orang...Ramai kan..... Saya melapor diri disini pada 30 Disember 2008. 
      Saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar bahasa melayu dan sains empat buah kelas iaitu Tahun 3J, 3G, 3B dan 2J purata murid bagi setiap kelas 45 orang murid memang meriah....

     Minggu pertama mengajar di sekolah ini sungguh mencabar dan kucar-kacir...huhuhu...Ye la dah la murid yer ramai lepastu tak faham lak tu diaorang cakap ape macam ayam dengan itik je...Bising sangat2 tak dapat nak control class Uwwaaaaa.......sampai kena mintak cikgu lain tolong handle ee..... malu yer....hahaha...buat tebal muka jela kan.


    Sejak hari aku berfikir ini tak boleh jadi ni mana boleh tahan macam ni.....mesti cari jalan penyelesaian yer.....nak tau pe saya buat? hehe...saya pergi kedai beli kamus Bahasa Cina nasib baik la dulu ade belajar asas mandarin kat UPSI tapi tak abis coz exam level2 lari tak ambik....haha padan muka sekarang ni baru menyesal.....Uwaaaaa...Sory Tan Li Na Lau'shi balasan murid derhaka...

     Dengan berbekalkan kamus itu dan kamus bergerak gak saya pun belajar la bahasa mandarin balik terutamanya arahan2 untuk memudahkan saya control class...Selain belajar bahasa cina saya pun mula berjinak-jinak dengan rotan....Kalau SK tak le rotan tapi kat SJKC ni lain guru-guru akan dihadiahkan rotan tau...Last yer berjaya gak aku melaksanakan tugas tanpa masalah.....Budak2 tu pun semakin pandai cakap melayu so win win situation la kan. saya pandai ckp cina budak-budak tu pandai bahasa melayu......P&P sudah menjadi semakin menyeronokkan wah! suka yer....

        Selesai satu bab, selain masalah bahasa satu lagi cabaran yang perlu saya tempuhi hari-hari iaitu masalah menyemak buku yang merlambak...Bayangkan la saya ajar hampir 200 orang murid dari 4 kelas..Hari2 kena la semak 200 buah buku wah mantob.....kul 10 pagi saya dah datang walaupun sesi ptg bermula kul 12.30 letih yer tak terkata...Bila exam je suami pun jadi mangsa untuk menyemak buku sampai balik kampung pun bawak bekalan kertas soalan....Cian dia....Walau letih itu lah tanggungjawab seorang guru kan....

        Sepanjang disekolah ini saya banyak belajar adat resam kaum cina, seperti perkara yang dilarang dan cara hidup serta sikap mereka. Bila sentuh bab sikap ni saya amat memuji sikap murid cina ni yang sangat2 menghormati guru mereka. Contohnya mereka akan menundukkan kepala setiap kali berselisih dengan guru mereka. sehinggakan ade seorang murid lelaki kelas saya terhantuk kepalanya di meja semasa memberi hormat..Selain itu juga sebelum guru masuk ke kelas murid akan berjumpaguru untuk membantu guru membawa buku atau barang2 tanpa disuruh.

       Wah! semakin panjang saya bercerita semakin rindu rasanya akan sekolah ini.....Setelah setahun saya berulang alik dari Simpang Rengam ke Skudai yang mempunyai jarak lebih kurang 120 kilo meter. Saya mengambil keputusan untuk bertukar ke daerah Kluang kerana mengikut suami yang bekerja di sana. Selain itu saya yang ketika itu sedang mengandung 6 bulan terlalu bahaya untuk memandu jauh. Demi keselamatan dan jimat kos terpaksa lah saya memohon tukar....sedih rasanya tapi apekan daya kita merancang tuhan yang menentukan.....

       Kepada warga SJKC KUO KUANG 2 semoga bahagia selalu dan lebih berjaya di masa akan datang k.....

       Sekarang ni sudah 2 tahun lebih saya berhidmat di sekolah yang tidak kuarang hebat cabarannya SK PENGKALAN TEREH (sekolah Kluster Kecemerlangan) di Kluang ini...............Saya akan masukkan entry tentang pengalaman di sekolah ini pada masa akan datang ye......nanatikan kemunculan yer

Gambar-gambar SJKC KUO KUANG 2
 

      Bilik Guru
 
       Pintu masuk
 
                Kawasan meletak kereta

 murid-murid sedang berehat di kantin

         Dewan Serbaguna
                Padang


   

2 ulasan:

  1. saya suka baca entri ni.walaupun saya bukan seorang guru..sebab kebanyakan saya baca di blog lain,guru melayu dianaktirikan disekolah2 jenis kebangsaan ni..
    tapi pengalaman cikgu lain pula :)

    jemput singgah www.iniblogcikmas.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Mcm mne nak mohon tukar sk?... Mohon penjelesan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...