Jumaat, 8 April 2011

Murid Tahun 1 Mati Dipukul Guru

Sayu hati ini bila melihat gambar di dada akhbar seprang anak kecil dipukul tanpa belas kasihan. Wajarkah murid yang berumur 7 tahun menerima hukuman sekeras itu?

Saya melihat kes ini bukan sebagai guru. Tapi saya melihatnya jauh di sudut hati seorang ibu. Bayangkanlah jika kita di tempat ibu bapa anak ini apa yang akan kita rasakan dan kita lakukan.

Saya faham kadang kala kita sebagai guru memang perlu bertegas dan menghukum untuk memdidik anak didik kita menjadi insan yang soleh dan solehah. Namun bukan cara sebegini. Ini terlalu keterlaluan bagi saya. Kanak-kanak ini kan amanah untuk kita didik banyak cara lain yang kita boleh gunakan untuk memdidik. Guru perlulah bijak dalam menghadapi sebarang masalah dan cuba mengawal emosi. Guru bukan lah lawan tetapi kawan kepada anak-anak murid kita. Saya berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi cukuplah sekali ini menjadi pengajaran kepada kita yang sememangnya tidak mudah terlupa.



1 ulasan:

  1. Assalamualaikum....sedih ain ble bce hal nie...besar sgt ke ksalahan arwah nie??agaknye ape la yg dfkirkan oleh cgu tsebut smpi sanggup pkul arwah smpi mcm tue skali...x tdetik ke rse kasihan lam hti ble arwah merayu mnta di hentikan pukulan tsebut..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...