Rabu, 27 Julai 2011

Kesalahan penggunaan kata sendi


Kata Sendi

1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah

dari dan daripada;
di dan pada
ke dan kepada .

2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang,
    perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

SALAH
BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.
Ely terima surat dari Elyas
Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
Devi datang  dari Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie dari pukul dua.
Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.
Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.
3.  Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
     a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
     ~  Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )

     b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
     ~  Ayu berkebun di belakang rumah ( betul  )

     c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
    ~  Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )

    d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
    ~  Buku itu ada pada Suzie.
( betul )

4.        Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
5.         
      Contoh:
      a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
      -  Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
      b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
      -  Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
      c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
      -  Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )

Rabu, 20 Julai 2011

Kesilapan Mengeja Kata dengan k dan kk


  Kesilapan Mengeja Kata dengan k dan kk
Kesilapan ini berlaku kerana pengguna tidak dapat membezakan antara imbuhan –kan dan meN –kan dengan imbuhan –an, peN –an dan ke-…-an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan –kan dan –an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k.

i) Contoh kesilapan mengeja kata dengan dua k/(kk) pada kata yang sepatutnya dengan satu k/(k)


ii) Contoh kesilapan mengeja kata dengan satu k/(k) pada kata yang sepatutnya dengan dua k/(kk)


Isnin, 18 Julai 2011

adalah atau ialah?




Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah
Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan seperti yang berikut:

i) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah 



ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah


iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja


iv) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat
Selain itu, pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan ungkapan adalah + kata kerja seperti yang berikut:
…adalah berasaskan…
…adalah berdasarkan…
…adalah dibuat…
…adalah digalakkan…
…adalah dinasihati…
…adalah diperakui…
…adalah melambangkan…
…adalah menjadi…
…adalah merupakan…
…adalah tertakluk…
Contohnya:
Ayat atau frasa di atas dikategorikan sebagai frasa yang salah kerana tanpa kata adalah, ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. Kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau yang seumpama dengannya.

Kesimpulannya:
a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja.
b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.


Sumber : 
Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1
Dewan Bahasa dan Pustaka

Khamis, 14 Julai 2011

BBM Matematik Terbaru


   Salam semua, Alhamdulillah hari ini Cikgu Eyta masih diberi kesempatan untuk berkongsi bahan dengan anda semua. Hari ini Cikgu Eyta berkesempatan untuk upload bahan-bahn bantu mengajar matematik yang boleh digunakan oleh guru-guru di kelas insyallah... Bahan-bahn ini adalah ehsan rakan-rakan Cikgu Eyta yang pernah menghadiri pelbagai kursus. Semoga bahan ini bermanfaat kepada semua insyallah..

Ahad, 10 Julai 2011

Hebatnya Ciptaan Allah



  Salam pembaca semua, hari ini Cikgu Eyta nak bawa anda semua menikmati keindahan dan keunikan ciptaan Allah SWT.....Subhanallah.... Sesungguhnya Allah yang menciptakan Langit dan bumi. Tiada sesiapa/apapun  pun yang dapat menandinginya. 

 
        Di pantai barat Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), terletak  khazanah semulajadi yang unik, yang tidak terganggu oleh aktiviti manusia iaitu Pulau Bu Tinah. Ekosistem yang berkembang maju Bu Tinah membentuk sebuah makmal hidup yang unik dengan kepentingan utama bagi penyelidikan perubahan iklim. Bu Tinah banyak mengajar manusia tentang perlindungan alam sekitar dan survival. Habitat semulajadi yang tersendiri mempunyai perairan cetek, hamparan rumput laut dan bakau tinggi, terletak di tengah-tengah terumbu karang yang meluas. Ia menjadi habitat hidupan laut yang indah dan terancam. Burung-burung laut, termasuk flamingos dan osprey, pelbagai spesies ikan lumba-lumba dan penyu Penyu Karah kritis terancam tinggal di Bu Tinah. Perairan pulau ini juga menjadi habitat kepada penduduk kedua terbesar di dunia iaitu dugong, sejenis mamalia laut besar yang diancam di seluruh dunia. Bu Tinah Island, kaya dengan biodiversiti, terletak dalam Rizab Marawah Biosfera Marin – rizab marin  terbesar di rantau ini.
 Angel Falls adalah air terjun tertinggi di dunia, iaitu pada ketinggian 1002 m, dan terletak di Canaima National Park di Bolivar State, sepanjang sempadan Venezuela dengan Brazil. Ia adalah lebih daripada 19 kali lebih tinggi daripada Niagara Falls. Jatuhan air tanpa sebarang halangan setinggi 807 m.
  
Laut Mati merupakan sebuah tasik garam antara Palestin dan Israel barat  dan Jordan  timur. Pantainya adalah titik paling rendah di muka bumi yang berada di atas tanah yang kering pada 420 meter di bawah paras laut,  . Dengan 30 peratus kemasinan, ia adalah 8.6 kali lebih masin daripada laut.



Iguazu Falls, Iguazu River, air terjun terbesar di dunia. Air terjun ini meliputi 2.700 m (hampir 2 batu) dalam bentuk separuh bulat. Daripada 275 jatuhan air yang secara kolektif membentuk Iguassu Falls, "Tekak Devil" adalah yang tertinggi iaitu 80 m tinggi. Iguazu Falls di sempadan antara negeri Brazil Parana dan wilayah Argentina Misiones, dan dikelilingi oleh dua Taman Negara (BR / Arg). Kedua-duanya adalah hutan hujan subtropika yang menjadi habitat kepada ratusan spesies flora dan fauna yang jarang ditemui dan terancam.


Sabtu, 9 Julai 2011

Law Ka Na Baynana

  
        Bagi mereka yang tidak tahu Law Ka Na Baynana merupakan tajuk TV show di TV Al-Hijrah chenal 114. Cikgu Eyta baru sahaja tonton rancangan ini minggu lepas pada hari sabtu malam. Sekali je tonton Cikgu Eyta terus jatuh cinta...Rancangan ini membuatkan Cikgu Eyta rasa rindu sangat dengan Rasullullah SAW tak tahu la mengapa. Perasaan sedih pun ada bila memikirkan bertapa hebatnya akhlak Rasullullah SAW dan bertapa jahilnya kita sehingga kita mudah lupa segala yang ajar olehNya.
      Sedikit sebanyak rancangan ini telah menginsafkan Cikgu Eyta sehingga terdetik hati ini sekiranya Rasullah SAW ade bersama kita sekarang ini apa yang Cikgu Eyta akan lakukan dan katakan kepadanya. Ya Rasulullah SAW sesungguhnya aku tidak setanding dengan akhlakmu yang amat mulia di sisi Allah SWT......Subhanallah.....



Jumaat, 8 Julai 2011

iNSTRUMEN STANDARD PRESTASI TAHUN 1 KSSR


  Salam semua kebelakangan ini maaf Cikgu Eyta agak malas nak update entry di sini.  MasyaAllah apa la Cikgu Eyta ni kan bermalas-malasan. Tak pe hari ni mood Cikgu Eyta dah kembali berbunga moga berkekalan hendaknya.
    Baru-baru ini rakan sekerja Cikgu Eyta baru balik dari bengkel membina instrumen standard prestasi tahun 1KSSR di Air Keroh, Melaka. Alhamdulillah rakan Cikgu Eyta berikan oleh-oleh berupa instrumen yang telah mereka bina. Cikgu Eyta ucapkan terima kasih kepada semua JU yang telah berusaha membina instrumen ini semata-mata untuk memudahkan guru-guru melaksanakan PBS. Di bawah ini Cikgu Eyta uploadkan semua instrumen, boleh la rakan-rakan semua tegok-tegok mana berkenan dan download sahaja..


Selasa, 5 Julai 2011

Cikgu Homeschool

        Lama dah Cikgu Eyta tak update entry di sini. Bukan apa kebelakangan ini agak padat sikit jadual. Alhamdulilah hari ini Cikgu Eyta nak perkenalkan blog baru Cikgu Eyta yang tak seberapa. Sebenarya blog ni dah lama dah publish tapi Cikgu Eyta tak promot lagi kat sapa-sapa sebab blog ini Cikgu Eyta wujudkan untuk suka-suka sahaja malu la pulak kan.

KLIK GAMBAR UNTUK AKSES
         Blog ini memuatkan aktiviti-aktiviti Cikgu Eyta lakukan untuk mendidik anak Cikgu Eyta di rumah. Selain menjadi guru di sekolah Cikgu Eyta juga menjadi guru dan mama kepada seorang anak bujang yang berumur 2 tahun 5 bulan. Insyallah di harapkan anak yang yang seorang ni dapat menjadi anak yang soleh dan hebat dalam semua aspek sama ada di dunia atau pun akhirat.
      

Jumaat, 1 Julai 2011

Belajar Peribahasa Dengan Video Animasi

     Assalammualaikum, lama sudah Cikgu Eyta tidak update entry belum berkesempatan. Tetapi Alhamdulillah hari ini ada sedikit keluangan.

     Hari ini Cikgu Eyta nak kongsi dengan semua tentang Laman Ruangan Multimedia DBP yang mengandungi banyak bahan yang boleh kita gunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Di laman ini banyak terkandung pelbagai video animasi yang sesuai untuk kanak-kanak belajar bahasa melayu terutamanya peribahasa. Antaranya seperti gambar dibawah.

 Cerita-cerita peribahasa yang berkaitan dengan ayam.

 Setiap cerita akan disertakan dengan pelbagi aktiviti untuk murid seperti penerangan tentang perbendaharaan kata yang terdapat pada cerita, kuiz yang berkaitan dengan cerita, permainan dan cenderamata.
 Permainan yang disediakan untuk murid.

Kuiz untuk menguji kefahaman murid-murid tentang cerita yang ditonton.

Semoga dengan sedikit informasi ini dapat membantu anda insyallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...