Jumaat, 6 Mei 2011

Petolongan Cemas Untuk Kanak-kanak



      Assalammualaikum, Kebelakangaan ini kita sering mendengar kanak-kanak mengalami pelbagai kemalangan seperti terkena air panas, tercekik, terjatuh, lemas dan banyak lagi. Sehinggakan ada diantaranya yang meninggal dunia.
     
      Sebenarnya saya juga pernah mengalami hal ini pada 4 tahun lepas apabila anak saudara saya yang berumur 3 tahun yang berada dalam jagaan emak saya tertelan duit syiling 20cen. Emak saya yang menyedari keadaan itu panik, dia hanya mampu menjerit meminta tolong sambil menepuk-nepuk belakang badan anak saudara saya yang sedang sukar bernafaz. Namun alhamdulillah saya yang terdengar jeritan itu dapat menyelamatkan keadaan dengan mengunakan pengetahuan yang saya ada..



       Adakah anda pernah menghadapi pengalaman seperti saya ini? Sekiranya tidak, apakah tindakan yang anda lakukan sekiranya hal ini terjadi pada diri anda?  mungkin kita telah memastikan anak kita dalam persekitaran yang selamat namun malang itu tidak berbau...Jadi mari kita ketahui ilmu pertolongan kecemasan agar dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Hari ini saya nak berkongsi dengan rakan-rakan semua sebuah buku yang dapat memberi kita pengetahuan tentang pertolongan cemas kepada kanak-kanak. buku ini menunjukkan bagaimana cara untuk menghadapi pelbagai situasi kecemasan sama ada kemalangan ataupun penyakit seperti asma, pitam, sawan, demam panas dan sebagainya. Setiap prosedur kecemasan dalam buku ini mudah difahami kerana ditulis mengikut langkah yang teratur dan diikuti dengan gambar yang bewarna mudah untuk difahami.Memang tidak rugi anda membelinya.

 Buku ini diterbitkan oleh Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur dengan kerjasama Palang Merah British.

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...