Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Meyambut Hari Guru 2011


            Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua pendidik seluruh negara. 16 Mei merupakan Hari Guru bagi seluruh Malaysia. Tarikh ini dipilih kerana pada hari yang sama pada tahun 1956, Majlis Perundangan Persekutuan Persekutuan Malaya mengesahkan Laporan Razak, salah satu daripada empat laporan Jawatankuasa Pendidikan mengenai pendidikan di Malaysia. Dokumen, yang dikenali sebagai Laporan Razak sempena nama Tun Abdul Razak yang merupakan Menteri Pendidikan pada waktu itu, menjadi dasar pendidikan di Malaysia. Meskipun bukan merupakan hari cuti rasmi sekolah, perayaan biasanya diadakan pada 16 Mei atau sebelumnya, jika jatuh pada hari Sabtu atau Minggu.



       
Hari Guru Peringkat Dunia pula disambut pada 15 Oktober setiap tahun bermula dari tahun 1994.Tarikh ini adalah untuk memperingati sebuah Persidangan Khusus Antara Kerajaan yang membawa kepada pengiktirafan Hari Guru Dunia hasil cadangan UNESCO dan ILO. Hari Guru Peringkat Dunia juga telah dirasmikan oleh UNESCO sendiri pada tarikh tersebut.

         GURU sering diibaratkan  seperti lilin yang sanggup membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain. Namun adalah lebih baik guru itu diibaratkan seperti MATAHARI yang menyinari orang lain tanpa memusnahkan diri sendiri.
         Walau apa pun angapannya tidak dinafikan besarnya jasa guru yang mendidik kita dan anak-anak kita. Tanpa mereka siapalah kita ni...Jadi saya ingin Mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang pernah mengajar saya. Halalkanlah segala ilmu yang telah dicurahkan. Hanya tuhan sahaja dapat membalasnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...