Khamis, 28 April 2011

Interactive Remedial Courseware Online P&P



Assalammualaikum, kali ini saya ingin memperkenalkan sebuah laman web yang memberi kemudahan kepada murid membuat latihan secara interaktif. Laman yang saya maksudkan ialah laman Interactive Remedial Courseware  Online P&P. Laman ini menyediakan banyak latihan interaktif ,kuiz dan lembaran kerja bahasa melayu dan matematik yang sesuai digunakan oleh murid LINUS, Pemulihan dan Prasekolah. Semua latihan interaktif adalah percuma dan boleh digunakan bila-bila masa. Selain itu latihan yang disediakan juga menarik dan mengikut tahap murid pemulihan. Laman ini disediakan oleh guru pemulihan khas En. MD Yusop Bin Mahmud.

     Jadi d isini saya ingin mengajak anda semua melawati laman ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Kata orang tak kenal maka tak cinta kan...Saya dah guanakan semua latihan interaktif di laman ini dalam P&P murid-murid memang seronok membuat latihan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...