Khamis, 14 April 2011

Sarapan Minda

         Setiap pagi dalam kereta on the way pergi sekolah saya dengar radio SINAR.FM saje layan. Dalam pukul 6.30 pagi saya selalu dengar motivasi ringkas dari Dato' Dr. Fadilah Kamsah. Hari ni beliau sambung topik macam ner menjadi orang yang cemerlang.
      
         Menurut beliau seseorang yang cemerlang mestilah merancang apabila hendak melakukan sesuatu perkara contohnya:

          Kalau kita nak pergi sesuatu tempat yang jauh seperti balik kampung, kita mestilah merancang terlebih dahulu segala barangan yang perlu dibawa dan membayangkan segala kemungkinan yang akan kita hadapi. seperti membawa kain sarung lebih mana la tau kalau kain atau seluar kita terkena kotoran nak solat.

          Sebagai seorang guru saya rasa hal ini juga kita patut praktikan di sekolah. Selalu la buat rancangan plan A dan plan B ini sangat penting. sebab segala kemungkinan boleh berlaku disekolah kita hanya merancang tuhan yang tentukan.

SEPERTI KATA PERPATAH : SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...