Jumaat, 1 April 2011

Resepi Membuat Doh Permainan Tanah Liat

Sebelum ini kita sering mengunakan tanah liat yang ready made. Tapi tanah liat ini mengandungi bahan yang berbahaya untuk kanak-kanak. Jadi apa salahnya kalau kita cuba membuatnya sendiri lebih selamat.




BAHAN-BAHAN:

* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan garam halus
* 1 cawan air
* 1 sudu makan minyak minyak masak.
* beberapa warna jenis warna

Cara-cara membuatnya:

* Campurkan tepung,garam dan air di dalam mangkuk. Kemudian tambahkan minyak masak untuk mengelakkan doh menjadi keras.
* Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut jumlah warna yang disediakan,selepas itu titikkan beberapa titik warna bagi setiap bahagian.Warna ikut selera masing masing. Kemudian uli sehingga warna rata.
* Setelah itu, simpan doh yang telah siap di uli dalam bekas yang kedap udara.

* Doh ini boleh digunakan untuk aktiviti didalam kelas sama ada membentuk huruf dan nombor atau objek lain.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...