Khamis, 21 April 2011

Koleksi Gambar Tidak berwarna

       Assalammualaikum, Alhamdulillah hari ni saya masih dipanjangkan umur untuk berkongsi bahan P&P dengan anda.  Berdasarkan pengalaman saya yang sering menghadapi masalah untuk mencari gambar-gambar berwarna sama ada bagi membina soalan atau pun lembaran kerja murid. Jadi hari ini saya ingin berkongsi gambar-gambar yang berada dalam koleksi saya. untuk download KLIK DI SINI

                          Contoh gambar :-




2 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    Saya adalah seorang ibu yang mengamalkan homeschool kepada 2 orang anak ( 16 tahun dan 12 tahun) dan 3 orang cucu (7 tahun, 4 tahun dan 2 bulan). Banyak info di blog ini dapat saya buat panduan dan perbandingan dengan corak pengajaran homeschool saya. 9 orang anak sebelum ini, saya hantar sekolah kerajaan dan dan semuanya sudah berjaya. Ilmu hasil dari pengalaman membesarkan abang-abang dan kakak-kakak, saya terapkan kepada yang pelajar-pelajar di FCUHOMESCHOOLING. Cara pengajarannya memang berbeza dari persekolahan biasa. Setiap idividu akan di ajar cara yang berbeza mengikut personaliti masing-masing dan bidang ilmu juga berbeza mengikut minat, kebolehan dan kelemahan mereka. Saya menekankan pengajaran mengajar diri sendiri dan motivate mereka untuk teroka sendiri. Perlu banyak bersabar dan hasilnya ....amazing sekali. Mereka cepat menguasai dalam bidang yang mereka minati dan akhirnya kita pula perlu belajar dari mereka. Terima kasih dan teruskan usaha cikgu.

    BalasPadam
  2. Walaikumsalam,
    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini dan pandangan yang di berikan. Pada saya kita mempunyai kebebasan untuk memilih yang terbaik untuk kita dan anak-anak. Dalam konteks menimba ilmu tempat adalah tidak penting, namun yang lebih penting ialah apa yang kita ajar dan keberkesanan yer kepada mereka. Ilmu boleh dituntut di mana-mana sahaja dengan apa cara sekali pun. Islam juga mengalakkan kita untuk menuntut ilmu walaupun ke negeri China. Sekolah Kerajaan hanyalah salah satu medium yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membantu mereka mendidik anak mereka. Tidak semua ibu bapa mampu melakukannya sendiri seperti yang anda lakukan kepada anak2 anda.Fungsi Sekolah Kebangsaan memberi peluang dan ruang kepada semua rakyatnya untuk mendapatka ilmu. Jadi teruskan usaha murni anda tu mungkin apa yang anda lakukan adalah yang terbaik untuk anak anda. Selamat berjaya untuk anda dan keluarga.
    Terima kasih,

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...